Wednesday, August 12, 2009

penat..

tu jela mende yang aku bleh conclude sepanjang wedding abg aku last weekend. baru settle hari nikah aku dah start ngeluh penat. tu baru sehari, belum nak tempuh 2 ari lagi. tapi alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. yang buat amazing nye, majlis abg aku takde pakai PA langsung. start majlis pukul 11 pagi dengan orang baru sampai dalam 2-3 famili dengan suasana yang boleh aku katakan as calming. takde la teruk sangat kan majlis kawen takde PA, just dengar suara orang berbual-bual. bila team kompang dah sampai baru la ade bunyi-bunyian sket. tak sangka gak team kompang ni leh main macam-macam lagu and datang dengan bilangan yang ramai. terkejut aku. tak sesia la aku booked dorang hehe

yang penting masa majlis tu mak n ayah aku adalah orang yang paling hepi skali sebab nye semua sedara mara dia yang datang dari segamat and JB datang. memang penuh sedara mara jela. member-member abg aku takde nampak sangat. tapi yang penting aku seronok walaupun penat. kira penat yang berbaloi la hehe hopefully majlis aku nanti pon dapat suasana cmtu gak hehe ni yang tak sabo nak kawen ahaks ;P

*masa abg aku dah lepas lafaz akad, aku nanges kejap. ntah kenapa ntah aku nanges pon tatau la huhu

No comments: