Monday, June 8, 2015

A Very Long Hiatus

Tersangat la lama tak update blog. Dah dua tahun kot tak update. Ada few times nak update tapi sebab kemalasan + takde idea terus berkubur. So now, what's new from me?

Segala apa yang di'wish'kan masa tahun 2013 tu menjadi kenyataan. Dapat naik pangkat, tukar working place. Experience new working style, environment etcetera etcetera.

Now, got 2 beautiful kids, Hannah Raisha, who will be turning 4 this year & Arif Amsyar, 1 year & 7 months.

Current job : ok, interesting.

Current life : practice a long distance relationship. Agak meletihkan but what to do. Dalam proses untuk pindah ke tempat keje yang more nearer to the house & kids. Doakan ye.

Well, i think that's it la kot. Til later. ;)

Monday, July 22, 2013

Rezeki 2013

Alhamdulillah. Rezeki tahun 2013, rezeki anak yang bakal lahir november nanti and rezeki Ramadhan.

Syukur sangat. Rasa macam tersangat melimpah ruah rezeki yang dikecapi setakat hari ini. Harap sangat rezeki tu tak putus ditengah jalan dan tak lupa diri la hendaknya di atas rezeki yang dikurniakan. Insya Allah akan berusaha dengan lebih lagi untuk menjadi seorang umat yang berjaya dunia dan akhirat. Aminnn ;)

* kegembiraan yang tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata

Monday, January 7, 2013

two o one three

Apsal la di awal-awal tahun ni perasaan bersemangat tu takde eh? padahal since masuk tahun baru hari tu dah kemain siap buat rangka SKT untuk unit, individu, utk diri sendiri, then semangat bukak docs bajet tahun lepas so that senang nak buat draf untuk bajet tahun 2014. Some more siap tengok balik all the KPIs untuk tahun lepas and compared dengan performance, nak tengok sama ada dapat achieved atau kena kerja lebih keras lagi this year for certain-certain areas. Tapi tup-tup masuk second week of the new year terus perasaan tu berkubur. Tengok segala draf yang dah buat minggu lepas tu pun rasa macam tak semangat. *sigh*

Mula lah rasa macam dah bosan dengan current job. I am seriously in need of a job rotation this year. Like SERIOUS! Looking at the same job over and over again, same faces almost everyday, same environment, same route, same ol' same ol'. Automatik rasa sangat-sangat down. Husband aku pulak dah sangat nekad nak balik JB kerja kat sana. How am i gonna survive with Hannah yang makin macam-macam ragam tu, alone? (kemon Yaya, dah biasa hidup sendiri and independent kan?)

Apa yang aku tahun ni, i have to/NEED to achieve this one thing: getting another baby (pregnant!) Ini harus, wajib, perlu before i reach 30 this october. Kena bekerja dengan lebih keras lagi ni (ahaks). And aku malas dah nak buat perangai rebellious ape semua. Dah almost 30 kot? Rebellious ni semua perangai budak-budak. Ikutkan aje lah apa arahan bos aku tu. Malas nak komplen-komplen. Buat mana yang mampu. Tak payah nak negatif-negatif sangat tahun ni. Kita bekerja ke arah positif dan more structure okeh Yaya? I know u can do it ;) Some more dia bagi penilaian tahun 2012 yang agak terbeliak bijik mata kan. So let's be grateful.

Thursday, September 20, 2012

"ME" time

Sometimes, i'm longing for some ME time. Dapat rehat lama sket lepas kerja, dapat layan favourite tv shows on d telly, do some groceries and window shopping alone, cuddling with my favourite books or novel and stuff like that. Juggling with work and family it's tiring sometimes but i ain't complaining. I'm bless with what i have now and nothing can change that. Tapi biasa la manusia kan, penat sket complain sane sini, sini sket, it's normal. Tak bermaksud dengan komplen segala benda tu aku tak bersyukur kan. Bersyukur sangat-sangat.

My man has done a wonderful job for the family. When i need some extra time to sleep, he will took care of Hannah Raisha, play with her, layan-ing her gelagat. And we even have this agreement which is during the weekend is Ayah & Hannah Raisha's time together since he didn't spend much time with his daughter during weekdays. Tapi jarang la dapat macam tu sebab dia pun kerja kan. Kerja tak tentu masa lagi. Sometimes shift pagi, sometimes shift malam. Kadang-kadang nak suruh dia buat itu ini pun macam serba salah. But he really-really helps me with the house chores. Dia yang akan kemas dapur, kemas depan, sapu rumah, basuh baju etc.

Bila balik rumah mak atau rumah in-law ingat dapat lah rehat lama sket sebab ada orang melayan anak dara sorang tu tapi sama je keadaannya. Sebab ape? Anak dara tu tak boleh lah berengang dengan mummy dia ni. Kalau kat rumah tu, hilang kejap ke dapur mula lah dia mengekor kita. Mul-mula dulu lagi azab. Asal hilang depan mata je dia punya melalak kemain kuat lagi. Macam lah kita ni nak tinggalkan dia sangat. Sekarang ni sebab dah dapat kaki, kejap je dia mengekor ke dapur. Kalau kat dapur tu reti dok diam takpe. Ni kejap pegang tu lah, usik ni lah, bukak almari pinggan lah, main kat peti ais lah. Ni baru sorang, kalau dah ada 3 anak esok-esok cemane? Mau pening dibuatnya.

Tapi walau macamana penatnya badan ni, kalau dapat tengok muka manis anak dara tu dengan senyum-senyum simpulnya, automatik hilang penat badan tu. Tidur pun jadi cukup and lena lah walaupun dapat tidur dalam 4 jam je. Insya Allah, walau macamana harunya kena jaga anak-anak yang ramai (aminnnn), memang akan nekad nak besarkan anak-anak tu tanpa bantuan orang lain i.e. maid ke, mak sendiri ke hatta mak mertua sekali pun. Biarlah dia rasa kasih sayang tu lebih banyak datangnya dari mak ayah dia berbanding orang lain. Nak tengok cemana boleh ke tak membesarkan anak tanpa bantuan orang dengan keadaan both parents bekerja kan. Kena lah tunggu another 10 to 15 years kan? Insya Allah, memang tu lah doa hari-hari ;)


Thursday, September 13, 2012

Calories Freak?

Wah lamanya tak update blog. Reason: kat office dah tak boleh buka blogspot time office hour + malas! then nak update thru phone pulak blogger apps takleh sync dengan email bagai so jadik malas.

Motif dah lama tak update blog tapi tiba-tiba nak update pasal kalori pulak? haha
 
Hari selasa, masa meeting kat office ada presentation dari Pakar Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri pasal Panduan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat. Selalunya kalau sebelum-sebelum ni takde kisah pun pasal kalori ni. Tapi lepas dengar taklimat tu, now i know kenapalah banyak sangat lemak berlebihan dalam badan ni. Sebab terlebih kalori dalam badan. Nampak sangat kurang membaca bab-bab kesihatan badan ni kan. So masa meeting tu dapatlah satu buku Panduan Kalori Makanan. Dalam buku tu ada segala macam jenis makanan plus dengan kiraan kalori tu sekali. And sebenarnya sehari ada limit pengambilan kalori tu. Untuk lelaki mesti ambil atleats 2000 kalori sehari and perempuan 1800 kalori. Haa dah buka buku tu mulalah nak conscious segala benda yang makan. Mulalah nak kira kalori untuk every meal intake. Calories Freak sangatkan?

Buku Panduan Kalori Makanan