Tuesday, March 29, 2011

kisah baju

dah lama gile memendam perasaan nak beli-beli barang untuk diri sendiri. maklum je la kan, there's still few things that need to be adjust since kawin but so far, manageable la. tapi most of the money spent usually untuk barang-barang keperluan rumah especially makanan. walaupun duduk berdua, tapi belanja untuk barang-barang dapur boleh cecah nearly 200++ gak la tetiap bulan. Ia, kami berdua memang sangat makan banyak. tapi jangan terkejut pulak. dengan spent nak dekat 200++ kat mydin tu, barang-barang yang kami dapat melebihi daripada barang-barang yang biasa kite beli kat tesco/carrefour dengan jumlah perbelanjaan nearly 500++. aku dah habis buat calculation dah. memang jimat la labur duet kat mydin tu hehe.

but today, walaupun pada permulaannya agak berkira untuk spend a sum of money untuk membeli baju baru, tapi akhirnya berjaya jugak beli. nasiblah kat sini baju murah-murah. dengan RM50 bleh dapat 2 helai blouse. kalau kat tempat lain tu memang tak dapat la. baju tu pun beli bukan sebab suka-suka okeh. ni baju yang dibeli untuk digunakan pegi keje. almaklum lah, sejak dah terlebih muatan di depan ni (ehemmm) maka pemakaian baju kurung ke tempat keje adalah sangat limited. yelah, size sebelum ni adalah kecik sahaja walaupun pada suatu mase dahulu (eceh!) pernah terlebih size dari kebiasaan, tapi kebanyakan baju memang dah tak muat! baju mungkin lah muat, tapi tang kain tu dah tentu-tentu la fail. kalau dah terdesak sangat, maka terpaksa lah memakai kain baju kurung dengan tidak mencangkuk pin hujung nya and hanya bergantung pada zip kain semata. kalau tak kena gaya, memang boleh terlondeh tu haha so buat mase skang ni, koleksi blouse ada lah pertambahan sket dari koleksi-koleksi baju yang ade. dari 10 pcs dah tambah jadik 12 pcs. so boleh la dalam seminggu pakai blouse 3 kali, sebulan habis la segala koleksi blouse tu and boleh di repeat bulan depan tu hehe

aku ni, kalau pegi keje memang seboleh-bolehnya baju yang aku pakai tu aku tak akan ulang pakai dalam bulan yang sama. kalau dulu mase mula-mula masuk keje gomen ni, sanggup pinjam baju mak semata-mata tanak repeat baju yang sama dalam bulan yang sama. atleast sebulan akan nampak sekali je aku pakai baju tu and most probably next month atau bulan berikutnya baru nampak aku pakai baju tu balik. kronik tak aku? and dapat bayangkan betapa banyaknya koleksi baju-baju kurung aku yang ala-ala gorgeous (perasan!) tu? dah dapat bayangkan betapa banyaknya koleksi baju-baju kurung aku tu, sila bayangkan berapa besar and banyak almari baju yang ade untuk memuatkan baju-baju aku tu. haa kalau nak tau, kat rumah aku ade 3 bijik wardrobe yang dikhaskan untuk simpan baju-baju kurung aje tau. tu belum ditambah dengan koleksi baju-baju lain yang aku tak suke lipat tu. ditambahkan pulak dengan koleksi tudung-tudung yang ntah bile pernah pakai ntah. my man tengok baju-baju aku pun dia jadik pening. baju-baju dia kesian je aku tengok. terpakse menumpang kat celah-celah almari yang ade. kesiannn kan.

aku jadik macam ni ikut sape tau, aku ikut mak aku. dia tak payah cakap lah. dari tahun 1973 dia start keje gomen sampai la tahun 2011, umur pun dah masuk 56 tahun, keje dia memang buat koleksi baju-baju kurung je la. macam aku ni kira ok sket la sebab setahun kebiasaanya 2-3 pasang baju kurung je yang aku buat. jenis mak aku ni, kalau boleh setahun sampai nak dekat 10 pasang pun ade jugak. tu belum lai tengok koleksi kain-kain pasang yang dia dok peram dalam kotak yang belum berhantar ke tailor lagi. ade sekali tu, mak aku boleh hantar baju kat tailor sampai 12 pasang! terkejut gile auntie tailor tu. nasib lah mak aku tak mintak auntie tailor tu siapkan 12 pasang tu dalam masa yang same. kalau tak, memang pengsan la auntie tailor tu haha

ni pun ade lagi kat rumah mak aku dalam 6 pasang kain (termasuk dengan kain hantaran hari tu) aku yang belum berjahit lagi. ikutkan hati memang nak hantar ke tailor biase bulan februari hari tu. next week kekonon mase wedding sepupu aku tu nak lah pakai baju baru kan. dengan fesyen yang cantek-cantek sket. sekali dah lebih muatan ni takkan lah nak pegi menghantar buat baju jugak kan. dah la kain-kain yang tak berjahit lagi tu semuanya agak berkualiti and lawa-lawa. takkan nak guna kain-kain tu buat baju baru dalam keadaan muatan lebih ni kan. rugi laa. so, terpaksalah melupakan niat tersebut, peram je kain-kain tu kat rumah mak. nanti lepas dah habis pantang and dah selim-selim sket baru lah boleh buat baju kurung vogue-vogue gitu hehe ni tadi pun sempat gak lah beli kain pasang yang agak murah and santek untuk majlis kawin sepupu next week. nasib lah ade staff kat ofis ni boleh buat baju kurung dalam masa seminggu dengan harga yang murah. selamat duet simpanan anak aku ;)

No comments: