Tuesday, April 19, 2011

is it too early?

pening jugak nak buat persiapan untuk anak ni kan? eventhough budak kecik ni baru nak masuk 5 bulan, tapi aku tak peduli la ape orang nak kata, janji aku happy. ramai cakap nak buat preparation untuk barang-barang baby ni takyah cepat-cepat pun takpe. tapi aku tanak la buat persiapan last minute kan. duet tu bukan nye hujung-hujung nanti datang mencurah-curah. sementara ade duet lebihan sket every month ni, so tak salah kan nak beli-beli barang tu sket. in the mean time, aku just carik barang-barang yang basic je macam botol susu, puting, set mandian, besen mandi etc. baju-baju semua belum terpikir nak beli walaupun bile pegi jusco tu geram je tengok baju-baju baby yang kiut-kiut tu. baju nanti beli bila dah tau jantina dia nanti. as for now, blom nampak sebarang tanda. ;) skang ni dok pening nak carik stroller+car seat atau stroller travel system. nak carik harga yang terbest, multi-function and mudah untuk aku kendalikan sorang. buatnye my man takde nanti, tak ke haru nanti. ade gak travel system yang memang pricey gila tapi i'm sure kualiti dia pun ok gak kan.

kenapa aku mesti nak beli stroller travel system tu? kenapa tanak beli stroller je? ramai cakap salah satu je dah cukup tapi untuk aku kedua-duanya tu nanti memang perlu untuk aku. my man kejenye selalu tak menentu. kadang-kadang keja pagi, and kadang-kadang keja malam. kalau dia keja malam, okla dia boleh tolong hantar anak pegi nursery/babysitter sama-sama dengan aku tapi kalau dia keja pagi cemane? dia kalau keja pagi usually pukul 6.30 pagi dah keluar rumah, aku pulak selalu pegi keja around 8.00 pagi sebab aku masuk pukul 8.30 pagi. takkan aku nak drive pegi rumah babysitter/nursery dengan aku pangku anak aku? bahaya gile okeh. and if takde carseat tu, takkan nak biar dia terbaring kat atas kerusi tu je? buatnye ter'emergency break' tak ke naya. jadi aku memang perlu carseat tu. mudah. untuk stroller pulak, aku dengan my man ni memang kaki berjalan. bukannye berjalan yang stok pegi cuti-cuti mesia. kitorang suke berjalan pusing-pusing shopping mall. takde beli ape-ape pun takpe. janji berjalan hehe so kalau dah berjalan satu shopping mall tu, takkan nak kendong anak aku tu aje. tak larat tu. kalau berat sekilo dua takpe ni kalau 5-6 kilo, tak dayo den. jadi stroller adalah benda yang sangat penting and perlu untuk aku beli. lagi pun stroller and carseat tu mungkin beli sekali dalam 5 tahun kot. kalau beli dengan kualiti yang agak baik, ntah-ntah beli sekali je. guna la sebijik stroller and carseat tu turun temurun, lagik senang.

semalam ade jugak pegi survey-survey kat kedai mom's care kat jusco melaka tu. harga memang tak payah cakap la kan. tapi tak banyak choice sangat. nanti nak survey kat kl pulak. rasenye ade kot yang berkenan dihati. brand belum dapat decide sebab nak tengok function dulu baru boleh pilih brand. setakat tengok kat online ni brand Halford tu pun macam menarik jugak. harga dia pun still dalam range yang boleh diterima pakai. kite tengok lah macam mana dulu kan. nanti ingat nak tanya gak kat sepupu yang kat jepun tu kot-kot ade stroller yang more cheaper and ringan kat sana kalau compare dengan yang kat sini ke kan hehe atau pun ade orang yang berbesar hati nak hadiah kan stroller+carseat mase aku bersalin nanti tu kot? kalau ade alhamdulillah :P

2 comments:

FRSR said...

babe,aku pernah baca blog orang experienced,die kate nak beli barang baby baik beli awal.takut kang dah memboyot tak larat nak membeli bagai..wallahualam.
tapi slagi blum kluar slagi tu shopping,ye tak?hehe
melainkan ko tak kisah.goodluck babe!

[M.Y] said...

hehe thanks.. aku pun memang dah start beli sket² almost 30% gak la.. nak settle yang small² things first the baru pikir barang yang besar² ;)