Sometimes, i'm longing for some ME time. Dapat rehat lama sket lepas kerja, dapat layan favourite tv shows on d telly, do some groceries and window shopping alone, cuddling with my favourite books or novel and stuff like that. Juggling with work and family it's tiring sometimes but i ain't complaining. I'm bless with what i have now and nothing can change that. Tapi biasa la manusia kan, penat sket complain sane sini, sini sket, it's normal. Tak bermaksud dengan komplen segala benda tu aku tak bersyukur kan. Bersyukur sangat-sangat.
My man has done a wonderful job for the family. When i need some extra time to sleep, he will took care of Hannah Raisha, play with her, layan-ing her gelagat. And we even have this agreement which is during the weekend is Ayah & Hannah Raisha's time together since he didn't spend much time with his daughter during weekdays. Tapi jarang la dapat macam tu sebab dia pun kerja kan. Kerja tak tentu masa lagi. Sometimes shift pagi, sometimes shift malam. Kadang-kadang nak suruh dia buat itu ini pun macam serba salah. But he really-really helps me with the house chores. Dia yang akan kemas dapur, kemas depan, sapu rumah, basuh baju etc.
Bila balik rumah mak atau rumah in-law ingat dapat lah rehat lama sket sebab ada orang melayan anak dara sorang tu tapi sama je keadaannya. Sebab ape? Anak dara tu tak boleh lah berengang dengan mummy dia ni. Kalau kat rumah tu, hilang kejap ke dapur mula lah dia mengekor kita. Mul-mula dulu lagi azab. Asal hilang depan mata je dia punya melalak kemain kuat lagi. Macam lah kita ni nak tinggalkan dia sangat. Sekarang ni sebab dah dapat kaki, kejap je dia mengekor ke dapur. Kalau kat dapur tu reti dok diam takpe. Ni kejap pegang tu lah, usik ni lah, bukak almari pinggan lah, main kat peti ais lah. Ni baru sorang, kalau dah ada 3 anak esok-esok cemane? Mau pening dibuatnya.
Tapi walau macamana penatnya badan ni, kalau dapat tengok muka manis anak dara tu dengan senyum-senyum simpulnya, automatik hilang penat badan tu. Tidur pun jadi cukup and lena lah walaupun dapat tidur dalam 4 jam je. Insya Allah, walau macamana harunya kena jaga anak-anak yang ramai (aminnnn), memang akan nekad nak besarkan anak-anak tu tanpa bantuan orang lain i.e. maid ke, mak sendiri ke hatta mak mertua sekali pun. Biarlah dia rasa kasih sayang tu lebih banyak datangnya dari mak ayah dia berbanding orang lain. Nak tengok cemana boleh ke tak membesarkan anak tanpa bantuan orang dengan keadaan both parents bekerja kan. Kena lah tunggu another 10 to 15 years kan? Insya Allah, memang tu lah doa hari-hari ;)
No comments:
Post a Comment