Tuesday, December 30, 2008

kronologi kehidupan

bila fikir-fikir balik ape je azam aku taun ni eh? mcm ina, azam die nk amek lesen kete taun ni n die akan tunaikan azam die tuh dalam bulan ni jugak. dapat register untuk blajar pon jadi la kan na. tapi aku ni, ape je yg aku nk capai taun nih? t'capai ke azam aku tuh? dr tadi aku dok pk ape je yg aku penah b'azam awal taun ni tp smp skang still tak dpt jwpan die. cemane eh? makne nye idop aku sepanjang taun ni takde matlamat n fokus la eh? no wonder la aku cepat sgt b'ubah² pendirian. hmm masalah jugak ni. tp takpe laa taun 2008 pon tinggal sehari je lagik so wat's past is past kan?


mari kite lihat pencapaian aku sepanjang taun ni.. b'mula dengan bulan jan



****flash back balik pade mase tuh..


Januari : seingat aku on 1st of January aritu, kami secare beramai-ramai keluar b'same n b'main boling sebanyak 2 game. kenkwn yg terlibat adalah cik adilah, nore, yam, arie (ex-bf nore), keyrol, amat gee, jep, aku n pujaan ati aku. mase tuh kitorg decide utk jumpe kt time square utk b'jumpe setelah sekian lame nye tak b'jumpe. kebetulan mase tuh pujaan ati mmg ade kt kl so aku ajak die skali since aritu mmg supposed we have a date b4 he went back to Pasir Gudang. owh yea, mase bulan ni aku dh start menganggur semula since aku dh tak larat nk keje kt One Utama tuh. t'lalu penat keje nye. keje tuh tak byk gune tenage fikiran tp lebih kepade tenage fizikal. yelah One Utama tuh kan besar, jadi aku selaku Customer Service kat sane kene la ke hulur dan ke hilir hari² untuk memastikan perjalanan sekitar mall tuh b'jalan lancar. bayangkan hari² b'jalan, bleh patah kaki okeh! tp aku mmg sgt seronok b'keje disane selama 5 bulan. melihat karenah manusia yg berbeza pada setiap hari mmg mencuit hati btol. dan disebabkan itu juga la aku ambik keputusan untuk mencari pekerjaan seterusnya dalam Customer Service nye line jugak. dalam bulan januari ni juga aku berjaya menjejakkan kaki aku buat pertama kali ke Pasir Gudang, JB. dan dalam bulan ni juga aku mendapat tawaran untuk bekerja di Astro sebagai Customer Service Officer setelah aku menghadiri satu sesi temuduga yg dibuat secara terbuka di Hotel Istana awal bulan tersebut. kebetulan juga semasa aku menghadiri sesi temuduga tersebut, gaji aku bulan disember 2007 sudah clear dicampur dengan benefits yang lain (kira gaji untuk bulan tuh agak kaya juga la hehe) maka untuk pertama kali juga aku ke Pavillion dan membeli hadiah hari jadi ibu ku yang berupa perfume kegemaran nye. nak beli handbag idaman die aku tak mampu, dapat bg perfume pon jadi la kan hehe. dah untuk pertama kali itu juga aku berbelanje sebanyak RM 800 dalam mase satu hari! hebat kan aku kalo bab² b'belanja ni hehe


Februari : mase bulan ni pulak, aku dah berjaye mendapat keje di Astro Bukit Jalil sebagai Customer Service Officer. maka b'mula la sessi training aku disana selama sebulan. semasa training tersebut aku b'jumpa dengan ramai org yg merupakan rakan sekelas aku semasa sesi training tuh. aku kenal encik khairil, kak wa, jimmy, salina, encik irwan, faizal, dori, sis enn, suria, ayu, mas, khairul n beberapa name lagi yang aku tak bleh igt skang nih. antara ramai² nih, yg still aku contact² adelah encik khairil (ye! aku b'hutang chili's ngn die), kak wa (sudah berbadan dua), dan juga jimmy. byk pengalaman dpt sepanjang training tersebut. trainer² disitu pon agak ok n sgt baik. owh yea, pade bulan ini juga aku telah booking my 1st car. 1st gaji je trus dh decide untuk beli kete. bukan ape, keje kt bukit jalil tuh transport nye agak susah dari putrajaya tuh n tau² jela kalo keje Customer Service nih waktu keje nye yg tak menentu. so aku amek keputusan untuk beli kete. bak kate mak aku sampai bile nak habis kan duet gaji kat mende² yg tak nampak. atleast kalo beli kete, dapat gak kumpul harta kan? hehe



Mac : mase bulan ni aku dah start keje scare profesional sebagai Customer Service di Astro. kire dah start jawab call secara individu la. no more training session for me. so kena laa cepat blajar especially pasal product knowledge tuh kan. tp terus terang aku ckp, aku mmg sgt berterima kasih pada Allah sbb bagi keje tuh kt aku. Keje kat Customer Service line nih mmg memerlukan kita belajar dengan cepat. sebab kadang² persoalan yang diajukan oleh pelanggan pada kita sangat tak dpt di duga. keje di Astro lagi mencabar dari keje aku kat One Utama dulu tuh. tp aku mmg sgt gembira melakukan keje tersebut. cume keletihan berkate² jela. setiap kali habis b'cakap dengan 6-7 org pelanggan, mesti perlu minum air. hehe dan dengan menjadik seorang Customer Service Officer juga telah membuatkan aku menjadi seorg yang sangat peramah dan mengurangkan aku nye bad temper. iye, aku dah jadik kurang pemarah sekarang nih hehe. pada bulan ni, lahir juga kete aku yg pertama iaitu sebuah kereta keluaran perodua yang berwarna merah. merah? aku pon tatau kenapa aku pilih warna merah sedang kan itu bukan la warna kegemaran aku. mungkin aku penah t'suke pade sorg lelaki yg bekerje sbg moderator di Astro juga dan dia juga membeli kereta berwarna merah! *wink²*



April : bermula pada bulan ni aku dah start tidak mempunyai life yang normal. sebabnya aku keje tak menentu mase nya. kadang² aku perlu keje diwaktu pagi bermula seawal 8 pagi. dan kadang² aku akan mulakan keje aku selewat 4 petang. bukan saje keje tak menentu dari segi jam, malah ia tidak menentu dari segi hari. ade hari mggu yg perlu aku bekerja dan ade juga hari mggu yg diberi aku cuti. apabila keadaan² sebegini berlaku, maka aku akan terlepas beberapa aktiviti² luar yg dianjurkan oleh kenkwn mahupun sedara mara aku. mmg sepanjang keje di One Utama dan Astro, aktiviti sosial ku mmg sgt berkurang. tido pon tak menentu mase. kadang kala berita² mengenai sahabat handai dan juga sedara mara juga aku akan missed. kesian kan. tp aku tetap keje keras juga. mase ni semangat masih meluap² untuk menjadik seorg Customer Service yg berkebolehan memandangkan insentif yg diberikan oleh pihak Astro sgt lumayan! hehe



Mei : kehidupan aku masih lagi seperti biase cuma ada sekali skale semangat untuk bekerja luntur sikit memandangkan ramai dikalangan sahabat² batch aku yang training bersama sudah meletakkan jawatan mereka. siapa saje yg tak demotivated kan melihat sahabat seorg demi sorg pegi meninggalkan kami yang memerlukan menjawab call volume yg agak tinggi sehari? bermula bulan tu juga management dah decide untuk tukar pelbagai jenis procedure memandangkan Astro dalam proses untuk menggantikan kad pintar yang baru. Maka call volume yg dulu nye hanya setakat average sudah bertambah² sehingga ke peringkat yg paling kritikal skali. mmg sungguh mencabar btol keje aku mase tuh sehingga ada beberapa kali aku berniat untuk berhenti keje kerana tidak tahan dengan karenah pelanggan-pelanggan Astro tuh. Oh ye. Pada bulan ni juga aku telah menyambut ulang tahun pertama aku bersama pujaan ati. Sungguh tidak menyangka aku mampu bertahan lama bersama dengan pujaan ati. Hmmm




Jun : hmmm pada bulan ni aku tak igt sgt ape yg berlaku sbb kehidupan aku setelah bergelar warga Astro sgt laa membosankan. Aku pon dah jarang bertemu dengan sahabat baik aku cik Adilah Arshad memandangkan jadual keje ku yang tidak menentu. Tapi apa yg aku igt, aku penah menculik cik Adilah dan ke KFC di Wangsa Maju selepas aku habis bekerja pada 12 tengah malam. Cuba bayangan anda memakai baju kebaya pergi ke KFC pada pukul 1 pagi? Agak pelik bukan? Tapi aku hanya menyelamber kan diri aku sbb mahu sgt berjumpa dengan sahabat baik aku tuh.




Julai : kehidupan aku pada bulan ni pon takde kemajuan. Tapi yang pasti nya aku telah membuat keputusan untuk berhenti keje di Astro memandangkan aku mempunyai harapan yang cerah untuk masuk ke sektor awam walaupun keputusan temuduga aku hanya menunjukkan sebagai 'calon simpanan' di web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Aku hanya mampu berdoa moga-moga jodoh dan harapan mak dan ayah aku untuk aku memasuki sektor awam tercapai. Jadi mahu atau tidak, aku masih perlu menjalankan tugas ku sebagai seorang Customer Service dengan penuh berhemah (walaupun dalam keadaan terpaksa).




Ogos : bulan ogos merupakan bulan yang bakal merubah hidup ku. Sebab pada bulan ini juga aku dapat tahu bahawa aku bakal memasuki sektor awam bagi menjawat jawatan tertinggi di sektor awam. Alhamdulillah. Akhirnya impian mak dan ayah menjadi kenyataan. Rakan-rakan Astro sgt mengagumi aku kerana aku berjaya menempatkan diri di sektor yang agak susah untuk dimasuki. Aku panjat kesyukuran kepadaNya kerana memakbulkan doa ku untuk melihat mak dan ayah gembira. Aku pada mula nya tidak lah bergitu teruja untuk memasuki sektor awam ni, hanya desakan dari mak dan ayah terutama mak aku. Tapi bila lame kelamaan melihat seorg sepupu aku melalui pekerjaan yg begitu menyeronokkan, buat aku lebih bersemangat untuk memasuki sektor itu. Aku igt berkerja di sektor awam ni agak membosankan, tapi pandangan aku meleset sama sekali. Pada penghujung bulan ni aku diminta untuk melapor diri di Intan Bukit Kiara untuk mengikuti program orientasi yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.




September : awal bulan ni umat manusia yg beragama islam menjalankan ibadat puasa. Aku pula pada tarikh 2hb telah di arahkan untuk melapor diri di Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk memulakan khidmat aku sebagai penjawat awam setelah aku selesai berorientasi selama seminggu di Intan Bukit Kiara. Pada mula aku menerima watikah perlantikan tu, ramai juga rakan-rakan orientasi ku terkejut dan pelik kenapa aku ditempatkan di SUK Negeri Sembilan sedangkan rumah aku hanya terletak di Putrajaya dan mak ayah aku bukan lah dr kalangan anak jati Negeri Sembilan. Aku memberitahu rakan-rakan ku bahawa aku memang minta untuk ke Negeri Sembilan memandangkan keluarga ku akan berpindah ke Nilai pada tahun 2009. Aku juga mahu (kononnya) mengambil peluang bekerja di tempat selain dr tempat kelahiran ku iaitu sekitar Lembah Klang. Yelah sejak aku dibangku sekolah lagi sehingga la aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kehidupan aku hanya berlatar belakangkan kawasan Lembah Klang sahaja. Bermula dengan sekolah rendah di Taman Melawati diikuti pula dengan sekolah menengah di Taman Melati. Kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM. Masa dapat tawaran tu aku mengharapkan dapat ke UiTM yang terletak di negeri lain tapi meleset sama sekali, aku ditawarkan ke UiTM Shah Alam. Kalau dah diploma pun belajar di Shah Alam, bila melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dah semestinya ke Shah Alam juga kan. Hmm aku redha kan je. Jadi bila aku dapat ke Negeri Sembilan, aku mengambil itu sebagai satu cabaran. Untuk ditambahkan lagi cabarannya, aku telah ditempatkan oleh SUK Negeri Sembilan ke Pejabat Daerah dan Tanah Tampin sebagai Penolong Pegawai Daerah setelah 3 minggu 'pooling' di bilik mesyuarat SUK. Pada mulanya agak kaget juga kerana aku kurang arif mengenai selok belok peraturan dan adat di Negeri Sembilan tetapi aku just go with the flow je. Alhamdulillah aku ampu untuk mengadaptasi kehidupan disana.


Oktober : Pada bulan ni terjadi satu kejadian yang aku tak ingini dan tak duga langsung. Tanggal 16 Oktober 2008 pada pukul 7.10 pagi aku telah terlibat dalam kemalangan. Tidak berapa kecil dan tidak berapa besar tapi masih lagi mengakibatkan Incik Merah ku masuk hospital selama 3 minggu lebih. Itu adalah hadiah hari jadi yang paling bermakna dan menusuk kalbu buat diri ku. Bayangkan lah tak sampai setahun lagi aku menggunakan khidmat Incik Merah dan beliau telah pon terluka yang agak teruk. Kalau melihat pada gambar-gambar yang aku upload di facebook aku, orang ramai memang akan menjangkakan yang aku pun akan turut terluka. Tetapi alhamdulillah, sudah ditentukan oleh Ilahi, aku dan rakan ku tidak sedikit pun terluka hanya lenguh-lenguh biasa sahaja. Pada bulan ini juga aku dah mahir sedikit dalam melakukan kerja-kerja ku sebagai Penolong Pegawai Daerah di Tampin. Tapi aku masih perlu banyak belajar. Maklumlah aku ni agak benak sedikit sejak akhir-akhir ni.


November : Tak banyak benda yang berlaku sepanjang bulan ni. Apa yang aku ingat pada awal bulan ni aku ke Pasir Gudang untuk menyambut hari kelahiran aku secara belated bersama-sama dengan pujaan ati aku. Dan buat pertama kali juga aku mendapat satu hadiah yang agak mahal harga nya dan sangat tidak berpadanan dengan size nya. Rasa bahgia dan seronok sangat-sangat. Hehe. Selain dari tu, rutin harian aku masih seperti biasa. Sibuk menghadiri pelbagai jenis mesyuarat dan juga beberapa aktiviti yang memberi manfaat pada ku agak nya.


Disember : Pada bulan ni, aku perlu menghadiri sebuah mesyuarat di Johor Bahru dan memerlukan aku mengeluarkan duit sendiri terlebih dahulu. Mesyuarat tersebut juga diadakan di salah sebuah hotel di Johor Bahru dan since mesyuarat tersebut diadakan selama 2 hari, maka aku pun terpaksa lah bermalam di hotel tersebut dimana aku hanya dapat membuat tuntutan separuh sahaja dari rate hotel tersebut. Takpelah terimakan jelah kan. Selepas sahaja menghadiri mesyuarat tersebut perlu menghadiri kursus PTD unggul pula. Bayangkanlah sepanjang 10 hari aku di sana, rutin harian ku bermula seawal jam 5.30 pagi dan berakhir selewat jam 12.30 tengah malam. Tiada masa untuk berehat walau sekejap tetapi aku dapat juga merasa tidur yang agak lama sepanjang berkursus pada hari kami mendaki gunung lambak. Todur yang paling bermakna laa org kata. Kemudian aktiviti harian kembali seperti biasa cuma agak sibuk memandangkan tahun pun dah sampai ke penghujungnya. Pelbagai jenis aktiviti dan akaun yang harus ditutup. Perlu selesaikan sasaran kerja tahunan sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya.



Kalau diikutkan, hanya tinggal sehari setengah sahaja tahun 2009 akan menjelma. Apa yang aku harapkan dan impikan pada tahun 2008 telah tercapai hampir 87%. Apa yang aku harapkan untuk tahun 2009 ni hanyalah untuk menjadi lebih bijak dalam menangani pelbagai masalah terutama masalah kerja kerana aku mengambil masa hampir 2 bulan untuk memahami tentang cara kerja aku sebagai penjawat awam. Harap-harap aku akan menjadi cepat pick-up dalam segala hal dan mampu bertegas sedikit la dalam bab-bab kerja ni. Rupanya susah juga hendak jadi bos ni. Pelbagai rintangan yang harus ku tempuh. Takpelah, semua itu terjadi atas dasar mahu mengutip pengalaman yang tidak akan dapat di mana-mana tempat sekali pun. Kita hanya mampu berdoa saja kan supaya segala kerja yang kita lakukan akan memberi manfaat dan nikmat. Amin.


p/s: seperti biasa, tiada new year resolution buat diri ku. Malas nak meletakkan harapan yang tinggi sebab nanti akan end up aku yang kecewa seorang. Selamat Tahun Baru 2009! Good Bye 2008 and Welcome 2009!

No comments: