Wednesday, December 31, 2008

Kenapa Aku Senang Jatuh Hati Kat Seseorang Yang Lahir Pada Bulan Mac?

Aku pun macam pelik kenapa aku senang sangat ter'falling' kat orang yang lahir pada bulan Mac. Aku jadi macam ni since aku berkawan dengan pujaan ati aku beberapa tahun yang lepas. Aku start sedar pasal benda ni recently masa aku 'penah' ada hati kat sorang mamat ni. Hmm agak pelik bunyi nya kan.



Tapi kan masa zaman-zaman aku tengah masyuk bercinta dengan Salman, kerap kali juga aku ter'falling' pada jejaka yang lahir pada bulan Mei. Kebetulan pulak Salman lahir pada bulan tu memang akan automatik bila aku jarang berjumpa dengan dia mesti aku mudah untuk suka kat orang yang lahir pada bulan tersebut. Adakah aku ni seorang yang tidak kuat pendirian nya? Atau aku ni memang jenis yang mudah untuk suka kan seseorang? Aku rasa aku ni memang jenis yang mudah suka pada seseorang walaupun aku belum berjumpa secara fizikal dengan tuan punya badan.



Dulu masa zaman sekolah, zaman tengah kemaruk berchatting di MiRC, aku penah ada bf yang tak penah jumpa secara fizikal. Even muka dia pun aku tak penah nampak n tengok tapi aku masih boleh menerima dia sebagai bf aku. Mungkin zaman itu zaman cinta monyet. Jadi belasah saja la apa yang ada depan mata kan. Lagi pun masa kat sekolah aku dulu, aku ni bukanlah seorang yang glamour sehingga kan semua orang akan kenal kat aku and mempunyai pelbagai jenis secret admire. Aku hanya lah seorang pemerhati dari jauh sahaja. Kalau sekarang ni pun aku berjalan-jalan disekitar Lembah Klang, belum tentu ada orang akan notice kewujudan aku disekolah dulu. Hmm takpela kan.


Sejak akhir-akhir ni juga, aku senang mendekati orang yang lahir pada bulan Mac. Aku pada mula nya tidak la begitu perasan sehingga pada suatu hari aku melihat beberapa profil sahabat-sahabat ku tu baru aku sedar kebanyakan mereka lahir pada bulan Mac juga.Ikutkan takda lah menjadi masalah yang besar pun cuma aku agak berfikir jugalah. Terutama bab ter'falling' kat orang yang lahir pada bulan Mac juga. Hmm tapi ikut dari apa yang aku baca di blog mamat tersebut, dia seakan sudah menemui seseorang dalam hidupnya. Takpelah aku memang dari awal-awal lagi memang dah menjangka benda ni akan berlaku. Aku pun dah takda menelefon mamat tersebut sejak insiden acuh dan tak acuh dia tempoh hari. Takpa lah aku pun bukannya nak steady pun dengan dia. Sekadar hanya ingin berkawan. Tapi kalau dah tuan punya diri dah tak sudi, takpa lah. Aku ni kan sekadar picisan je. Aishhh

1 comment:

*Mami Damia Aisyah* said...

holla.. lamaa tak jumpaa.. ahaks... oktober vs march yek.. yup tepat sekali.. n im oktoberian.. n my husband march-rian.. sesuka je tamba rian.. so.. apa nak dikata.. hahhahahah