Monday, January 12, 2009

Jalan-jalan

ahhh weekend yang lalu. sangat menggumbirekan hati. mungkin sbb duet claim yang cecah seriban tuh masok dan juga kedatangan ibunda dan ayahanda ke Tampin. Yahuuu.



Oh yea, last week aku stay kat Tampin lagik. Kononnya perlu mengetuai pasukan sukaneka jabatan. sunggoh lawaks bunyiknye. tapi aku blasah jela. last-last tak main ape-ape pon. aku dari mula dah agak mesti tujuan memo tuh dikeluarkan kononnya nak memeriahkan majlis je. dorg takot tak dpt sambutan so kena la buat cmtu. aku ni nak nunjukkan yang aku ni komited pada keje and opis, pegi la tanpa sebarang bunyik. Saya Yang Menurut Perintah la kononnya. kami-kami yang pegi kemain beria-ia memakai pakaian sukan. siap dgn kasut sport lagi. japg pegi orang lain yang dtg rilek je b'seluar jeans n slipar aje. takpe. atleast kami memakai mengikut dress code. yelah time aku kursus aritu diajar kalau pegi acara yang melibatkan sukan kena pakai full sports attire so kami tidak salah. tapi yang menjadi ralatnya sbb kami tidak bermain apa-apa permainan pun. ohh ada la satu permainan tu iaitu tolak rim basikal guna kayu. tu pun tak semua org dalam team yang masok. patut acara start pukul 4.35 tapi start around 4.45 cmtu then pkul 5.15 dah habis. boleh tak?



dah settle takde apa lepas tuh, aku terus la pulang ke rumah sbb mak ayah dah nak sampai. seronok bukan main lagi aku bila last-last mak decide nak dtg tido. tu pun lepas aku mention yang aku nak pegi melaka dinner dengan pak teh malam tu. dalam pukul 6 mak sampai and aku bwk la mak n ayah ke rumah aku yang tak brape nk gah kat Tampin tuh. maklum la mak tak penah sampai n tgk umah aku cemane lagi. dah sampai kami terus bersiap untuk ke melaka sbb pak teh suruh dtg awal sket. kata nya tmpt yang nak pegi tuh sentiasa penuh takut takde tmpt duduk je nnt. aku decide utk jumpe dengan pak teh di rumah mak mertuanya di bacang. sampai kat sane dah pukul 7.45 cmtu. aku sempat la bergurau senda dengan pakteh mengatakan yang aku akan datang dengan 4 orang kawan padahal bwk mak ayah sekali. bila dah sampai punya la terkejut orang tua tuh. aku siap kena cubit sepam dilengan. haihhh



kami pegi makan kat area sungai duyong. memang sangat sedapss makanan kat situ. kami order udang masak kunyit, udang bakar, kupang sambal, sotong goreng tepung, sayur cendawan, ketam masak blackpepper, dan ikan siakap masak stim. setiap menu yang ada tu dihantar 2 round. mmg byk aku makan malam tuh. yang paling marvellous adalah udang masak kunyit. aku makan berekor-ekor udang. dahla aku alergi dengan makanan laut ni tapi aku belasahkan aje hehe. kami makan 13 orang dan jumlah keseluruhan bayaran malam tuh adalah RM 298. murah kan hehe yang pastinya aku akan datang ke situ lain kali. mak plak dah sibuk susun program kononnya nak ajak satu famili aku ke sana bulan 2 nnt memandangkan adik aku dr sarawak aku pulang ke semenanjung. Yeahhhhhh



dah habis makan, kami pun terus la pulang ke rumah. dah sampai kat Tampin dalam pukul 11.30 cmtu, adik aku mintak singgah kejap kat 7e untuk beli panadol n air mineral. dah sampai kat 7e, aku pun turun la utk beli barang-barangan tu. dah turun dr keta aku nampak ade satu keta polis berhenti depan sebuah keta. aku pikir mesti nak tahan dorg tu kot. tapi aku tgk dengan selambanya org-org dalam keta tu pegi ke 7e juga. aku pikir mesti bile dorg dah kuar baru polis tuh akan soal siasat. tapi sangkaan ku meleset sekali. aku masuk je kat 7e tuh berselisih dengan Hazama budak-budak af tuh. masa berselisih tuh aku pikir mcm penah nmpk muka mamat tuh tapi tak tau kat mane haha sekali dh sampai kat area mineral aku nampak lagik sorg budak af, si afiq tuh. haaa mmg sah la dorg ni budak-budak af yang baru balik dr buat konsert kat Tampin malam tuh. dengan tidak semena-mena nya aku boleh menegur si afiq tuh, siap tanya lagik "baru habis konsert eh?" dia pun mengiyakan dan tanya kat aku pegi ke tak. aku dengan selamba nya menjawab takkkkkk dengan penuh sakastik nya hahahaha mesti die mcm bengang je kehkehkeh. pastu masa nak bayar tuh nampak plak toi. dan untuk kali kedua nya aku dengan selamber menegur dengan menyebut "toiiiiii" (intonasinya agak mcm jumpa kenkwn lama laaa) toi pun jawab laa iyeeeeeee dengan senyum dia tuh. hahahahahaahahahah aku tatau laa cemana laa aku bleh nak tegur-tegur dorg tuh. padahal aku ni takde la heran sgt bila jumpa dengan mana-mana artis pun. haihhh laaa.



esuk tu lepas brekfes, mak ayah nak balik putrajaya dah. masa tgh makan tu rasa mcm sebak jugak la sbb dorg dh nak balik. prasaan tu macam masa bila mak ayah hantar balik asrama balik la selepas cuti panjang kat umah. hahahaha ntah apa-apa. tapi minggu ni aku akan balik umah jugak. tak sabo rasa nya. hehe bila mak ayah dah balik semua, aku pun balik ke rumah, mandi and terus bersiap-siap. ada misi plak pada hari ahad tuh. mau ke jusco ayer keroh. saja je nak jalan-jalan. japg dr aktiviti jalan-jalan aku bleh plak 'ter'beli perfume utk mak sempena bday die pada hari itu, set cuci muka yang aku idam-idamkan tu dengan sandal. haihhh mmg tak leh btol aku tgk menda-menda sale ni. takpe la kalau tak beli sekarang bila lagi kan hehe


ni laa menda yg dibeli semalam. alah membeli menang memakai kan hehe





*smlm makan sorg-sorg kat Nando's and resipi rahsia. hehe

**Hepi 54th Birthday Pn Fadzilah Mohamad. May U Have A Wonderful And Successful Year Ahead! Mwahs²

1 comment:

Lina Azlina said...

dpt jugeeeeee dia clinique itu...
tp mmg bagus pon...mmg la arge dia agak mahel skit...tp dlm ml yg banyak kan....anyway sgt besh tmpt matan itu..murah pon murah..teliur sayeeee....

p/s:happy birthday macikkk!