Wednesday, March 4, 2009

Second Best vs BFF

baru aku realize yang since dari dulu lagi aku selalu sangat jadi second best. maksud second best kat sini adalah contohnya macam orang lain mula-mula memang dah ada pilihan atau option dorang tapi disebabkan perkara-perkara tertentu, maka mereka terpaksa memilih aku sebagai second best. kira macam last choice ataupun Plan B laa kalau Plan A tak menjadi.

contoh yang aku selalu je dapat ialah bila orang call aku. macam orang tu dah lama gila tak contact atau keep in touch dengan aku and suddenly dia call. orang macam aku ni bila orang yang dah lama tak call, maka dia punya excited berada ditahap yang maksima la. bila aku tanya apa hal tiba-tiba call ni (dengan nada yang agak teruja+manja sket hehe), sekali si penelefon tu jawab "aku try call ******* tadi tapi tak dapat plak tu yang aku call ko tu". perghhhh tak ke bebulu je jadi nya? tapi bila menda ni dah selalu sangat jadi, aku dah takde rasa apa-apa dah. maklum la dah biasa jadi second best ni.

situasi second best ni pun selalu jadi macam ada menda-menda yang 'extra', tak kisah la dari segi tiket ke, makan ke, availability ke, majlis orang kawen ke atau apa-apa saja yang ada kena mengena. macam pegi ke satu-satu event atau majlis yang limited tetamu nya. tapi disebabkan terdapat beberapa spot yang extra yang memerlukan pengisian orang supaya pihak si organizer tidak rugi kalau spot tersebut tak diisi, maka aku lah yang akan menjadi orang yang akan mengisi kekosongan tersebut. kalau tak disebabkan kekosongan tu mesti dorang memang takkan penah terpikir pon nak invite aku as one of dorang nya main guest kan? kalau menda-menda camni jadi kat korang, korang tak terasa ke? tolong komen sket.

kalau dalam situasi adik beradik pulak, macam mak ko selalu je lebihkan adik atau abang atau akak ko je. tapi bila orang-orang yang sentiasa dilebihkan tu takde, contoh macam dorang keja jauh ke, belajar kat negara yang tak ramai penduduknya ataupun telah pulang ke rahmatullah, maka dengan keadaan terpaksa mak ko terpaksa memikir kan keadaan ko yang dulu nya sentiasa dilupakan oleh ahli keluarga yang lain. tapi situasi camni tak penah plak terjadi kat aku, sekadar bagi contoh jela kan.

kira macam second best ni takde la best sangat pon tapi disebabkan takde choice lain dengan keadaan paksa rela mereka-mereka terpaksa meng'include'kan kita yang takde apa-apa dalam certain situasi. aku dulu memang banyak kali (ye, banyak kali!) terasa bila aku berada dalam keadaan second best ni. aku rasa macam, yelah kalau ko memang tanak ajak aku atau call aku in the first place, tak payah la nak tunjuk baik atau mulia yang kononnya ko ingat kat aku dalam certain-certain situasi. yeah, maybe aku tak sepatutnya complaint pasal menda ni sebab maybe niat orang tu baik kan tapi kalau dah selalu sangat terkena tak ke memang dorang purposely buat menda tuh? tak dapat orang ni cari aku. tak dapat isi tempat tu cari aku. ade extra tiket ke apa cari aku (ehh kalau extra tiket tengok konsert jason mraz atau apa-apa tiket yang free aku memang suke jadi second best ni hehe). it's like aku ni macam useless atau pun akan merosakkan majlis je bila masukkan aku as one of the guest ataupun include kan aku dalam apa-apa perkara pun. haihhhh

cita pasal BFF ni plak, since aku tadika lagi aku memang tak penah ada someone yang aku boleh panggil as best fren. bagi aku best fren ni dia punya bond memang special and ada tarikan antara satu sama lain. kiranya bila ko dah ada best fren, u will share everything from your private life, school, interest and apa-apa saja la yang boleh di share bersama. maknanya no secret at all kalau ko ada best fren ni atau pun BFF.

aku takde BFF atau best fren ni sebab macam aku cakap kat atas tadi tu aku selalu sangat jadi second best, so macam mana nak ada best fren kan? people will not include me in some of the situation sebab dorang rasa aku ni tak berapa penting untuk dimasukkan bersama. dulu aku penah terpikir gak la napa la aku ni takde best fren. sedangkan aku ni jenis yang sentiasa nak jaga ati semua orang. kalau boleh tanak la dorang terasa dengan segala tindak tanduk aku tapi apa yang aku buat semua nya tak menjadi. ntah la. maybe i don't have the quality to be someone's best fren.

lama-lama aku jadi tak kisah. lantak la. aku berkawan dengan semua orang. kalau orang tu nak baik atau rapat dengan aku, terpulang pada dorang. aku memang takde hal kalau nak baik dengan orang lain as long as we can get along very well together tu dah cukup. walaupun kita tak share the sama interest but still i will call them as one of my fren.

bagi aku istilah BFF ni macam terlalu menyeksakan. sebabnya bagi aku la kan, BFF ni dia macam ada ikrar sesama dorang yang takkan menyakiti ke, backstabb ke atau akan share segala cite datuk nenek ko bersama and will keep the secret. it's like there's no boundaries between you and your BFF sebab kalau ada apa-apa gossip atau cita atau kejadian, you should share it with your BFF. tak ke jadi payah tu. aku bukan cakap BFF ni tak bagus sebab aku jeles aku takde BFF and i don't even care pun kalau aku takde BFF dalam life aku. bagi aku dorang ni menyusahkan. sebab segala menda semua nak kena cite. bila dah takde boundaries cemana kita nak differeciate between personal life and social life. kadang-kadang ada masa nya kita perlu menyimpan sedikit cite hanya untuk diri kita saja. macam bos aku dulu penah cakap, jangan letak kan 100% kepercayaan kita pada orang, ambil sedikit dalam 10% kepercayaan kita tu untuk diri kita sendiri supaya bila berlaku crisis ataupun arkward situation kita tak susah nak buat keputusan. that statement same goes to BFF thingy. ada certain cite kita memang boleh and sometimes perlu cita kat orang tapi ada cite lain yang kita tak perlu bagitau orang lain. ni sampai cite dalam bilik pun nak cite kat orang lain apa kes kan?

aku memang berkawan dengan ramai orang. kalau yang betul-betul baik and rapat dengan aku, i will not call them as my BFF. i will call them as one of my good fren or best buddy. good fren and BFF is 2 different kind of things. good fren ni macam kita selalu pegi makan sama, shopping korek-korek baju kat padini concept store sama-sama, try somthing new together, buat movie marathon bersama and segala menda yang kita selalu buat bersama walaupun jarang berjumpa disebabkan kekangan masa dan keadaan. me and dLa can be consider as good fren. kami banyak melalui saat suka dan duka bersama. cuma aku agak kesal sekarang ni, aku jarang sangat hang out dengan dia. since dah keja jauh dari ibukota, then sometimes weekend pun kena keja gak. dLa mungkin takde hal apa sangat tapi aku yang biar kan keadaan kami jadi camni (maaf kan aku dLa).

mungkin juga aku macam dah lupa diri sikit disebabkan dah ada pujaan ati. tapi it doesn't mean aku lupakan dLa. tak. i will never ever forget about dLa. dia terlalu banyak tolong aku melalui saat susah senang sama-sama. time aku kecewa dengan salman dulu. masa aku bunga-bunga chenta dengan abg lucu. saat aku tengah down dengan classmate aku. banyak menda la sampai aku tak ter'list' laa. saat aku kesempitan duit dulu. now aku sepatutnya balas balik apa yang dLa dah penah buat kat aku dulu. tapi aku jadi macam ignorant plak. kejam tak aku? kadang-kadang dLa ada sms aku meluahkan isi hati dia pasal keadaan kat tempat keja dia, supervisor dia yang macam ntah apa-apa tu. aku memang baca sms dLa tu (yea Lah, aku memang baca, aku tak tipu) tapi kadang-kadang masa aku baca sms ko tu aku ada dalam meeting ataupun tengah siap kan paperwork yang deadline dia esuk, tu sebab aku tak reply sms ko tu. bukan sebab aku tak reply sms ko tu aku lupa kat ko, aku tak amek berat pasal ko, bukan. tapi disebabkan keja yang semakin hari semakin memeningkan paler aku tu sebab la jadi camtu. maaf kan aku sekali lagi adilah. tapi demi untuk menebus segala kesalahan aku dulu, sudi tak ko jadi aku nya best man masa aku kawen nanti? :)


*aku macam nak beli laptop and broadband je. semalam kat umah sket mencurah-curah idea nak tulis blog. alih-alih pagi ni kat opis sangkut plak idea. ishk!

3 comments:

Lina Azlina said...

i love this post..huhu
tak tahan ade psl tix jason mraz...
ngehehehe..but im not the one yg ade extra tix n invite u kan...
sum1 is struggling to get for u tix.but..unfortunately xde..mayb the finger crossed xbrape crossed..ahaks..but ya i told ya concert is xbrape beshhh laaa..

p/s: i spend the concert time only seeing the sexy movement jason mraz done on stage..i told u..he's damn hot!

Yaya Fadzil said...

arghhh... shaitttt..

i het yuuu.. but in a good way laa.. probably ko rase concert tak brape best sebab u dunno all d J.M songs kot so dunno how to sing along.. ahakss no laa kidding..

its not about the concert la dear.. its about who u spend the nite wif ;)

Lina Azlina said...

ek elen......
xde maknenye...
tp mmg xbrape sgt..
cube tanye org lain...
sepanjang jalan pulang ke kereta...org di kiri kanan menyumpah.....huhu..