Thursday, March 12, 2009

sessi luahan perasaan

semalam aku buat keja gila. lepas ofis, balik rumah siap-siap terus pegi KL jumpa che adilah. saje je pegi KL sebab aku agak serabut sket kat ofis semalam. dengan ketegangan di ofis lepas bercuti memang buat aku hilang sabar, hilang akal dan kurang waras. jadi penyelesaiannya adalah berjumpa dengan best buddy, makan-makan sambil buat sessi luahan perasaan dan diselangi dengan gelak ketawa yang macam bangang.

sampai kat KL je dah pukul 7 lebih. keadaan di KL hujan renyai-renyai. ambil che adilah kat McD sungei wang tu sebab dia berjalan kaki saja pegi keja. nasib McD sungei wang tu tak berapa jauh sangat dari ofis dia. lagi 5 minit pukul 8 che adilah pun sampai dan kami pun terus bergerak. mula-mula che adilah mencadangkan untuk makan di Wendy's dekat area bukit bintang tu tapi memandangkan keadaan agak hujan dan memikirkan kat mana nak letak kete aku yang tak seberapa tu maka kami pun decide untuk makan kat Wendy's Jusco Au 2 tu.

on the way pegi ke Jusco tu, rancak la bebual semua and aku pun buka la cite yang pasal che syazni akmal dah keje di syarikat oil n gas berdekatan dengan klcc tu. dan tercetus la niat nak mengajak che syazni akmal makan bersama memandangkan Jusco Au 2 tu tak jauh dari rumah beliau. pada mula nya che syazni tanak ikut sebab konon-konon perlu study untuk test keesokkan harinya. tapi setelah che adilah memujuk maka syazni pun setuju untuk makan bersama.

sampai je di Jusco, tak banyak pikir, terus menuju ke Wendy's sebab perut dah lapar sangat. makan untuk 3 orang tapi order dia macam makan 5 orang. haha tengah makan, so bermula sessi luahan perasaan. aku cita la serba sket pasal masalah aku kat ofis. dengan staff yang macam-macam ragam tu. diorang pun dengar dengan penuh minat and bagi feedback yang agak memberangsangkan. cuba menyelami perasaan aku masa tu. sebab tu al aku boleh jadi gile kejap kan. apa-apa pun aku berterima kasih sangat-sangat pada che adilah n syazni akmal sebab sudi meminjamkan telinga mereka untuk mendengar segala masalah aku. aku bukan minta banyak pun hanya memerlukan seseorang untuk mendengar masalah je. kalau tak dapat nak tolong dari segi fizikal sekadar mendengar pun dah boleh mengurangkan bebanan masalah tu kan. aku balik ke Tampin malam tu dengan keadaan yang penuh kelegaan dan kepenatan sket la. maklum la perjalanan jauh. nanti balik rumah di putrajaya, bising pulak mak dan ayah aku huhu

No comments: