Thursday, November 11, 2010

bintan ohh bintan ;)

lupe pulak nak cite pasal benda yang jadi semalam. well, seperti yang dijanjikan my friend (merangkap ex-staff) si intan bintan tu sms aku nak mintak no account untuk ditransfer duet ke aku sebab dia nak sponsor cutting cake aku untuk wedding nanti. terharu pulak rasenye bila ade orang susah-susahkan diri untuk make sure wedding aku nanti complete segala-galanya. pada hal aritu aku saja je YM dia untuk meluahkan perasaan tentang perit & pening nya nak memikirkan pasal persiapan kawin ni. keje renyah sangat! aku ni dah la jenis orang yang malas nak pikir pasal small² details ni. bila dah meluahkan perasaan pasal cutting cake takde pe semua dia terus cakap 'biar saya sponsor 150, pastu cik tambah laa yang lebih² tu'. baca je mesej dia yang macam tu terus aku terkedu. rase terharu sangat²! tapi bukan pasal tu yang aku nak cite kat sini sebab hal touching-mentouching tu dah selesai. ni nak cite hal touching-mentouching gak tapi pasal benda lain.

lepas dia dah bitau pasal nak transfer duet tu, dia pun bitau gak yang mak dia ada berhajat nak sponsor 200 tupperware yang isi dalamnya ada wajik. SPONSOR tau! erkkk bertambah terkedu & terharu balik aku ni. rase macam nyusahkan orang pulak walaupun aku takde mintak pun dia nak sponsor ke ape. pastu dia cakap memang niat mak dia camtu. dah lama mak dia soh cakap, dia je yang terlupa nak habaq mai kat aku. ishk serious sangat segan aku dengan kawan aku sorang ni. dah laa dia sponsor part of aku nye cutting cake pastu mak dia nak sponsor 200 tupperware wajik pulak. alahai

pastu bila tadi mase balik rumah, tengah drive, aku pikir² balik, photographer yang aku hire nanti pun datangnye dari dia gak. iaitu adik dia. wahh ni memang melibatkan family dia betul. dahla yang untuk photographer dorang dah block tarikh 4th december tu untuk dorg cover wedding aku without aku bayar deposit pun. memang aku rase lucky sangat²! thanks a lot bintan & whole family! nanti time wedding saya, sile bawak the whole family tau! i owe you alot! seriously!

* previously, aku selalu pikir bila kita berniat nak kawin atau seru untuk kawin tu dah sampai, dalam masa yang sama rezeki tu murah je. maknanye takde halangan la kita nak buat persiapan tu semua tapi dalam kes aku ni, semua yang aku rancangkan , semua tak menjadi sampai kawin pun kena postpone, persiapan walaupun buat awal tapi alih² jadik last minute gak. and bila benda² macam ni jadi kat aku, aku rase macam give up & sampai satu tahap tu aku rase nak cancel semua² nya. tapi setelah ape yang jadik kat aku 2-3 weeks back, i'm grateful for what i've achieved (during the preparation period, help for people surrounding) and i gain back my confident & i know rezeki tu bukannya datang terus kat aku. Alhamdulillah ;)

2 comments:

Miss CJ said...

Tracked u!
Xde la. X sangka Yaya berjiwa pink sebenarnya ;-)

ke merah tp sbb dia fade dh jd pink?
i'm following u bebeh. jd pasni kena rajin update k?

*Mami Damia Aisyah* said...

owh welcome back to dunia blogging..

ala cik ni nak tacing2 pulak.. hmm jgn la gitu.. cik pun banyak tolong sy dulu..

k.. jgn stress2 ok.. nanti muka kedut.. muahahhaha