Wednesday, November 24, 2010

checklist barang-barang rumah

hari ni nak tulis pasal checklist barang-barang rumah pulak. tak nak lah cite pasal persiapan kawen je kan. nanti takut lagi serabut kepala ni. boleh buat tak tido jadi nya nanti.

hari tu masa encik petunang datang sini untuk fitting baju nikah dia, kitorang adalah discuss sket² pasal persiapan rumah apa semua kan. rumah dah dapat, tinggal nak bayar deposit rumah end of this week. rumah tu memang tersangat basic tak macam rumah yang aku pernah sewa before pegi kursus hari tu. so since before this duduk kat rumah yang separa lengkap, maka untuk masuk ke rumah yang baru ni aku kena invest sejumlah yang besar gak la untuk beli segala perabot and barang letrik untuk rumah tu. kali ni kena complete sket la sebab nak duduk berdua kan. kalau duduk bujang tu lain, takde pun takpe sebab tiap-tiap minggu boleh balik rumah mak. so hari tu, aku dah cite kat encik petunang tentang perancangan aku untuk rumah tu nanti. antara barang-barang yang akan aku beli (hopefully lepas kawen, bajet untuk beli barang-barang ni ada lah):

a) main hall
- kabinet tv
- small couch
- meja makan (ala-ala japanese table tu. duduk makan kat bawah je sebab rumah kecik je pun)
- birai (utk seperate between main hall dgn ruang makan)
- railing langsir
- table lamp
- 2 carpets
- lcd tv
- hall fan

b)main room
- bed (queen size)
- 2 doors wardrobe
- tempat sidai towel, sejadah etc
- bed side table
- bed side lamp
- railing langsir
- small carpet (maybe boleh ambik kat rumah mak kot? hehe)

c) second room (will convert it sebagai bilik menggosok & bilik sembahyang)
- 2 doors wardrobe
- tempat gantung baju (baju aku banyak okeh!)
- shoe rack (kasut pun banyak)
- tempat sidai towel, sejadah etc
- ironing board
- small table (untuk letak segala peralatan)
- table lamp
- carpet

d) 3rd room (terpaksa convert jadi dapur since rumah tu takde dapur, maklumlah perumahan awam kan. aku kan kudukut sket bab² sewa rumah ni)
- kabinet pinggan mangkuk
- fridge (nak carik 2nd hand je)
- mesin basuh (carik 2nd hand je tapi not neccessary beli sekarang)
- rak pinggan mangkuk after washing
- tempat simpan barang-barang kering

untuk barang-barang elektrik dan yang lain tu akan difikirkan kemudian lepas majlis nanti. yelah manalah tau kot ada orang bagi aku macam-macam jenis barang elektrik masa wedding aku nanti ke kan (ada ke orang nak bagi? hehe) aku budget untuk beli semua-semua barang tu around 4k. rasanya cukup kot sebab untuk perabot tu nak beli yang biasa-biasa je. lagi pun kat tampin & melaka ni banyak je kedai perabot yang jual barang-barang murah, so insya Allah mencukupi. if ada siapa-siapa nak sedekah mana-mana barang yang aku perlukan di atas, boleh lah menderma kat aku. aku akan menerimanya dengan tangan yang terbuka dengan syarat ianya masih boleh digunakan lagi (demand pulak tu) ;)

2 comments:

*Mami Damia Aisyah* said...

owhh sama.. saya pun nak buat list nak pindah gak.. hehehhe cik.. cari je perabut kat cavenzi.. huhuhu.. muwah.. n senang.. hehhehe

Unknown said...

pada pandangan aku la yaya, jgn beli cavenci tau. murah tapi kualiti kureng. bli kat kedai perabot apek je. harga ok. kualiti pon ok. aku yang da dekat 3 tahun kawen pon bilik tido ade katil je dgn almari je. lampu2 tu kemudian br bli. nanti kalu ade baby, ko nak kena spend utk brg baby la. jgn risau..nanti kitorg bg hadiah yg berbaloi-bali utk ko ye...insyaAllah.