Monday, November 22, 2010

isnin yang biru.

penat & mengantuk. sangat. memang hari ni tersangat longlai rasenya. bukannya tak semangat nak keje, bukan. perasaan nak pegi ofis tu memang ada je, kalau tak, takkan la pukul 6.45 pagi dah gagah keluar rumah untuk ke ofis walaupun aku masuk pukul 8.30 pagi. ada reason kenapa keluar awal walaupun masuk lambatkan. satu - perjalanan nak ke ofis tu jauh, memerlukan sejam perjalanan (tu pun ikut pada keadaan traffic dan cuaca. dua - sedang dalam proses penjimatan. memandangkan terpaksa berulang-alik dari nilai-tampin untuk bulan ni, makanya kena jimat dari segi minyak & tol. tol la especially. kalau minyak tu, kalau dah ikut laluan yang jauh memang takde nak jimat nye. jadi untuk menjimatkan dari segi tol, kena lalu LEKAS dan exit di temiang, baru 2.50 je untuk satu perjalanan, kalau sehari baru 5.00 kan? kalau ikut laluan express, i.e: highway, untuk tol sahaja sehari kena keluar RM 19.00. tu sehari, kalau 5 hari? kalau sebulan? banyak tu.

cita pasal penat pulak, kepenatan yang dapat ni sebab takde rest langsung during the weekend. mana taknya, dahla dengan straight 5 hari ulang-alik yang purata perjalanan sehari around 150km, lepas tu jumaat malam sabtu kena ambik encik petunang kat r&r nilai dan hantar kat rumah kawan dia. encik petunang datang sini sebab nak fitting baju sanding nanti. hari sabtu pulak, seawal pagi dah keluar rumah untuk ke tempat fitting baju kat bangi. kat situ je dah makan 2 jam. alter baju aku sket, discuss pasal accessories yang aku nak pinjam nanti. lepas tu terus pegi ke klcc untuk carik barang kemas untuk hantaran aku sekali dengan perfume. dah sampai klcc tu punya la ramai umat manusia, dengan lawatan dari budak-budak sekolah. masa tu dahla kendong skali dengan anak buah aku. nasib baik bawak stroller, kalau tak memang haru jugak. settle makan, terus ke lokasi barang-barang tu. nak memilih tu pun menjadi satu hal. berpusing-pusing sambil buat calculation. yelah tak nak over budget nanti. then nak carik perfume pun satu hal jugak. segala jenis perfume la try, dari i-setan bawak ke parkson pulak. last-last dapat the best deal and boleh demand macam-macam sebab nak buat hantaran kan. nasib dapat sales person yang tak kedekut.

lepas kat klcc tu, terus pegi ke kepong, rumah makcik aku untuk hantar sampin baju enik petunang since makcik aku nak improvise sket sampin tu dengan manik-manik. barulah sedondon dengan baju aku nanti. takdelah out of tune sangat kan. then lepas dah ke kepong, balik nilai balik sebab nak hantar akak ipar, adik & anak buah aku balik rumah. kesian diorang. ikut aku sampai tertido-tido dalam kereta. dah hantar diorang balik, terus ke bukit jalil sebab nak beli tiket bas encik petunang since dia kena balik malam tu jugak. nak sampai bukit jalil tu pun satu hal, jammed kemain. maklumlah, hari tu ada shout awards kat stadium putra. park je kereta tepi jalan terus ke kaunter tiket. nasib dapat beli tiket paling last sekali. dapat lah berjalan dengan encik petunang sebagai tunang untuk kali terakhir. lepas ni dah tukar status dah hehe ;)

then, kitorang decide nak pegi the mines je untuk makan, and carik bekas untuk hantaran aku nanti. nak carik bekas ni lagi satu hal. habis semua kedai sourvenir kat the mines tu kitorang masuk. sampai nak patah kaki lah sebab asek pusing-pusing, naik turun eskalator. last-last dapat jugak carik bekas yang sangat useful tu. tersangat suke! lepas tu melepak kat carl's jr untuk dinner, then off to bukit jalil untuk hantar encik petunang naik bas. hantar tepi jalan je sebab takut jammed & badan pun dah penat. sampai je rumah, dah pukul 11 kaki pun dah start cramped. dah lama gila tak saket kaki macam tu lepas berjalan. memang azab la sakit dia sampai nak tido pun payah.

esoknya tu pulak, rakan-rakan taulan ajak melepak sambil makan-makan kat the curve. nasib la janji nak keluar lewat petang, boleh la bangun lambat sket kan hehe. tapi dengan keadaan kaki yang sakit semalam tu, nak drive pun rasa lenguh. before ke the curve, sempat la ke dobi untuk hantar baju sanding. singgah KL jap untuk ambik adilah kat pwtc then off to the curve. sampai kat the curve, jalan-jalan kejap kat watson's and borders then terus ke flea market. tak banyak benda best pun. semua benda yang biasa tengok. pastu melepak makan kat little penang cafe sampai kul 9 malam, terus balik rumah. maklumlah, esoknya kena keje. kalau tidak mau kul 11 baru nak gerak balik tu. time drive balik pun punyalah lenguh kaki tu. rasa macam nak menangis pun ada gak. sampai rumah ingat nak terus tido tapi melayan laa anak buah kejap and lepas tido kan dia, barulah boleh tido. tu pun dah lambat gak tido. pagi ni, seawal kul 5.30 dah bangun and bersiap nak keje. penat memang tak leh nak cakap la tapi takpelah. tinggal 4 hari je lagi. lepas tu boleh rehat lama sket walaupun time cuti tu ada je urusan yang kena buat. huhu

* tak sabar nak tunggu hari sabtu ni untuk sesi mandi lulur, mandi bunga, scrubing, full body massage plus facial ;) *

1 comment:

noor said...

salam ziarah n salam kenal dr saya