Thursday, December 30, 2010

end of the year

tak tau la kenapa hati agak tak keruan petang ni. pagi tadi macam ok je. balik je dari lunch terus rase susah hati. susah hati sebab duet semakin berkurangan ke? atau susah hati sebab berjauhan ke? entahlah.

menguruskan hal-hal rumah ni memang memeningkan kepala sket. macam-macam benda nak kena fikir. dari hal barang-barang keperluan, sampai la ke keperluan yang kecik-kecik tu. duet yang keluar pun punya la banyak. tak habis-habis. lepas satu, satu benda nak kena beli. ramai pesan soh beli sket-sket je dulu jangan beli sekali harung. baru la duet tu tak rasa keluar banyak sangat. tapi aku ni jenis yang tak reti nak beli sket-sket. kalau nak buat satu-satu benda tu kena la complete baru la rase selesa sket. tapi lantak lah apa orang nak cakap. janji rumah aku tu dah 70% complete. so far yang dah ada kat rumah tu full set perabut untuk main room, kabinet tv, 2 wardrobe untuk second room, tempat penyidai towel and sejadah untuk both room, kabinet dapur, japanese dining table, carpets, tv, kitchen utensils and benda-benda kecik yang lain tu lah. last weekend memang habis shopping. pergi kat super cowboy beli segala barang datuk nenek tu aje habis nak dekat 500. then sambung pegi mydin pulak habis dekat 400. memang gila betul. tapi all in all, aku berpuas hati dengan persiapan rumah aku tu. walaupun still ada beberapa item yang perlu ditambah lagi i.e: ice box, washing machine, small couch, astro, tapi so far aku gembira dengan hasil usaha aku. cuma 2 hari ni rasa a lil bit sunyi sket sbb my man jauh di mata. mungkin sebab tu susah hati kot. dapat jumpa pun esok jela tu pun malam sebab siangnya dia kena keje walaupun PM dah announce public holiday satu malaysia esok. apa punya company la tu. dah la kena kerja tapi OT tak dibayar. salah tu kalau nak ikut akta buruh. tapi apa nak buat kan. hopefully, next year rezeki kami berdua murahlah dari segala segi hendaknya. mana tau kot rezeki untuk kedatangan orang baru ke? *wink*

since hari ni last day kerja untuk tahun 2010, ramai la yang dah sebok pasang azam masing-masing. azam aku untuk 2011? macam biasa lah, nak jadi lebih baik dari sebelum-sebelumnya. hopefully dapat kurangkan perasaan hilang sabar tu, kurangkan panas baran, less quarrel with the luv one (including husband), kurangkan segalanya yang boleh dikurangkan, insya Allah. berdoa sangat-sangat next year will give me more happiness and rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin

1 comment:

*diera* said...

AAAAAAAminnnnnnnNNNNNn