Monday, December 20, 2010

claim

last week sangat la bengang okeh! duet claim yang ditunggu-tunggu tak gak masuk. orang kewangan cakap kat EFT tu dah clear tapi bila check kat akaun takde masuk-masuk gak. habis segala plan nak balik johor last week. sian kan my man ternanti-nanti kat JB. yelah tak kan asyik dia je yang kena datang sini kan. nanti bila rumah dah settle baru lah dia boleh selalu-selalu datang sini pulak. pastu kesian gak kat MIA. haritu dah cakap nak datang sana, kenal-kenal dengan sedara mara kat sana alih-alih tak jadi pulak. kecik hati orang tua tu. nanti dia ingat aku yang tak sudi nak datang sana. aish

alih-alih pagi ni aku check akaun aku still duet claim tu tak masuk jugak. yang masuk just gaji & bantuan khas yang orang federal dah dapat, tapi kat state baru je nak dapat hari ni. punya la frust. rase macam nak meletop pun ada gak. yelah claim dah hantar bulan 10 hari tu sampai bulan 12 tak dapat-dapat. gila lambat buat pembayaran. tapi last week hari khamis cakap dah clear kat EFT. nak salahkan sape kan? bank ke unit kewangan? hmm dah start nak bising-bising kat opis dah ni tapi tiba-tiba tergerak hati pulak nak check kat akaun bank lagi satu. try login, sekali id dah expired pulak. kena lah pulak call bank tu untuk refresh balik & register new id. nasib baiklah cepat je bank tu angkat. dah dapat je register new id terus la login. sekali tengok kat balance memang duet claim tu dah masuk. dah masuk hari khamis pulak tu. punyalah menyesal tak sudah marahkan diri sendiri sebab tak terfikir langsung nak check kat akaun lagi satu. kalau tak, mesti dah selamat aku pegi JB last weekend and dapat gak lah jumpa dengan sedara-mara kat sana. adoii lah. yang unit kewangan ni pun satu jugak. kenapa lah ko boleh key in claim aku kat bank lain, bukan kat bank yang aku biasa dapat gaji? kan dah menyusahkan aku jugak. tak pasal-pasal la aku dapat dosa kering je aish!

No comments: