Wednesday, June 1, 2011

nur kasih

atas permintaan seorang sahabat, aku update la sket blog ni (hehe) actually dari hari tu lagi nak update tapi disebabkan kekangan masa and seminggu last week tak masuk ofis, maka terbantut la aktiviti mengupdate blog ni. seminggu tak masuk ofis bukannye pegi outstation pun. sebok attend meeting, bengkel, seminar dari pagi sampai petang, then sambung dengan weekend pegi KL menghantar orang untuk register belajar plus jadik driver the whole weekend sebab my man kena keje. tak padan dengan drive sehari suntuk, ditambahkan pulak dengan exercise kaki kat jusco bandar melaka pulak. sudahnye, seharian hari isnin hari tu kaki cramp. rase macam nak mc pun ade gak tapi gagahkan jugak pegi ofis. nasib mase perhimpunan pagi mase isnin hari tu tak pengsan. kalau idak, buat scene je aku ni haha

okeh, kali ni nak cite sket pasal tajuk entry kat atas nun. last week lepas je program kat seremban, pegi la berjalan ke jusco seremban 2. mula-mula ingat nak berjalan je. sekali budak-budak ni sebok pulak mengajak tengok movie. dah la cite Nur Kasih pulak tu. aku ni kalau tengok movie cite melayu memang kureng sket. bukannye nak berlagak ke ape, tapi sebab aku tau bulan depan tu akan keluar dalam astro first. so dari membazir 10 hengget untuk tengok seorang and satu movie, baik aku bazirkan 15 hengget untuk tengok beramai-ramai (kat rumah) dalam masa 2 hari kan. tapi sebab orang dah ajak, aku pun follow je la.

kat sini aku bukan nak review pasal cite tu. malas and tak kuase la aku nak review-review ni. aku bukannye pengkritik movie pun. yang aku nak cite kat sini adalah baju-baju yang dipakai oleh tiz zaqyah dalam movie tu. dalam cite tu tiz zaqyah mengandung 2 kali and baju-baju merandung yang dia pakai semuanye chantek-chantek belaka! aku sangat suke! butik mane lah agaknye yang sponsor baju-baju dia tu eh? serious aku sangat berkenan. sepanjang aku tengok movie tu memang aku tengok baju-baju yang dipakai oleh tiz zaqyah je sampai member aku cakap aku tengok movie tu macam takde perasaan. haha cite tu sedih memang sedih tapi aku tak rase sedih sebab sebok memikirkan kat mane nak carik baju maternity yang tiz zaqyah pakai tu. teruk kan? hehe

                                            sile abaikan aksi dalam gambar tu, tengok baju je okeh


memang chantek kan baju-baju tu. dua gambar ni je yang aku leh search kat google. aku suke detailing yang sulam-sulam kat lengan, dada and kaki baju tu. dah la kaler dia pun menarik je. ishkk geram. nak tambah koleksi baju ni

2 comments:

*Mami Damia Aisyah* said...

huwaaa tak tengok lagiii.. huhuhuh

Miss CJ said...

Yaya, Tiz Zaqyah tweet kata sponsor utk baju dia adalah De Zahra. Ni url dia:

http://zahra-fashion.com/www/

X jumpa kalu ko google de zahra. pasti jumpa