Monday, July 4, 2011

cemas! panic! panic!

the whole of last week start hari selasa berkampung kat Intan bukit kiara. sangat mengimbau kembali okeh zaman deepeeaa last year. pergi sana untuk attend kursus. maklumlah nak kena cukupkan kursus before cuti bersalin nanti. saje je nak attend kursus jauh-jauh. kenkonon nak meronggeng la sekali kan. dapat pulak pergi kursus tu bukannya pergi sorang-sorang. officemate ada yang ikut sekali. memang menjadi la berjalannya tu. yang boleh yakinnya, pergi sane tanpa pack sebarang barang yang memungkinkan masuk hospital (sebab bersalin). pack barang untuk attend kursus je. segala barang budak kecik ni and barang maknya pun takde di pack nya. memang sangat yakin la kan.

sekali on thursday, setelah settle kelas, macam biase akan menuju ke shopping complex yang berdekatan untuk jalan-jalan cuci mata and makan-makan. first day sampai kl, dah selamat ke one utama, second day ke mid valley then untuk hari-hari terakhir kat kl tu berjalan pulak ke the curve. ikutkan hati, memang last day tu nak makan kat dining Intan tu. kenkonon sebab malam terakhir kat situ kan. tapi takde maknanya. melangkah jugak kaki ke the curve tu. takde nak cark benda ape pun. kaki tu saje je gatal nak berjalan. lepas habis kelas tu perut dah start buat hal. rase macam nak terbuang air besar je kan. mengadulah kat my man. dia cakap soh tanya mak kot mane tau jadi ape-ape kan. then tak tanya pun mak sebab malas. rasa macam benda kecik je. lepas dah membuang ape semua perut pun dah ok sket. fuhh punyalah lega kan. terus bitau kat my man jangan risau sebab saket perut nak membuang je bukannya ape hehe then bergerak ke the curve. sampai-sampai kat the curve tu saket perut nak membuang tu datang balik. masuk la ke toilet untuk lepas hajat. lepas dah selesai buat 'bisness' perut pun agak lega sket. tapi lepas 10 minit tu saket perut datang balik. mula lah aku tanya officemate aku saket nak bersalin tu rase dia macam mana. dia cakap memang akan ade perasaan saket perut yang nak memerut tu selang few minutes. aku dah start cemas.

dah mula terpikir 'buatnya tiba-tiba nak terberanak cemane? dah la barang takde kemas ape-ape lagi pastu boleh plak ber lala kat the curve tu' then officemate aku tanye kenapa. aku pun cite laa yang aku dah start rase saket perut yang selang 10 minit tu. dia pun dah start cuak siap nak soh pegi hospital yang berdekatan soh check. aku cakap, nanti dulu. aku nak isi perut dulu sebab tiba-tiba teringin nak makan char kuey tiow kat little penang cafe, boleh tak? aku cakap kalau lepas makan and aku dah beli subway still perut meragam, terus pegi ke PPUM untuk check. mase tu pun agak dah cuak sket la sebab saket perut tu diselang-selikan dengan budak kecik ni mengeras. yelah, ade orang cakap, once dah masuk 7 bulan ni anytime je dah boleh bersalin kan. aku mula la fikir dah time dia ke? cuak memang cuak la. terus sms my man soh dia siap-siap pack barang-barang aku and budak kecik. aku siap dah plan, kalau kena bersalin hari tu jugak, aku nak soh adik aku amek my man kat melaka petang tu jugak. tapi dalam cuak-cuak tu perut mintak makan jugak. lepas makan tu siap beli subway lagi buat bekalan makan malam nanti haha

then lepas dah beli subway tu, terus decide nak balik Intan balik. sebelum masuk bilik, aku pesan kat officemate aku untuk standby je malam tu kot mane tau saket tu datang balik, dia kena teman aku pergi PPUM malam tu jugak. dah malam sket, lepas isyak macam tu, saket perut tu still ade lagi cuma kurang sket compare saket petang tu. then fikir, rase takde ape kot. lepas dah settle makan ape semua terus tido. and alhamdulillah pagi tu saket perut tu  pun hilang. fuhhh punya lah lega. risau jugak kot-kot tengah tido ke tiba-tiba air ketubaan pecah ke kan. tak pasal je aku balik awal dari kursus tu. pengajarannya, balik je dari kursus kat Intan tu, terus aku pack barang-barang budak kecik ni dengan barang untuk aku sekali. barang-barang tu pun dah selamat dok diam-diam dalam kete tu so if ape-ape jadi lepas ni dah takde nak risau-risau sangat dah. dah la lately ni manjang je mimpi yang air ketubaan aku pecah mase kat office. haihh seriau betul. dah manjang je mimpi gitu, terus aku decide nak amek cuti bersalin awal i.e 3rd week of august nanti. cemas okeh kalau tak cuti awal. dahla berangan nak bersalin kat hospital putrajaya. kang kalau tak amek cuti awal, ade yang bersalin kat hospital melaka atau kuala pilah. ngakkkk mauuuuuu

1 comment:

*diera* said...

haishhh makcik pun da cemas..ingat da nak keluar dahh...