Monday, June 27, 2011

result dah keluar! ;)

last week, sempat la nak scan budak kecik sorang ni haa. walaupun pada mulanya macam agak tak sempat je kan. klinik yang nak di scan tu everyday tutup pukul 7 petang, then my man pulak manjang je overtime last week so mane nak sempat nak mengejar ke klinik. perjalanan dari opis nak pegi klinik tu pun ambik masa sket. berkira punya berkira, lepas dah discuss dengan my man, kitorang decide untuk pegi jugak scan tu walaupun my man tak dapat join sekali. tak dapat la nak share moment manis tu same-same kan. takpelah, bak kate my man, janji dapat tengok gambar pun ok. so aku pun gerak ke melaka dari opis jumaat minggu lepas. nasib baik dapat permission untuk keluar opis lebih awal. kalau nak tunggu sampai balik pukul 5.30 petang memang tak sempat la nak mengejar klinik tu. dalam kul 4.30 petang aku gerak pegi ke melaka.

sampai kat klinik tu pun ambik mase sejam jugak. maklumlah hari jumaat petang-petang kat melaka tu jalan sibuk kemain. sampai kat klinik dah almost pukul 5.50 petang. punyelah ramai orang kat klinik tu. patut la ramai sangat orang recommend aku pegi scan 3D kat situ. mungkin sebab bagus kot. mase sampai-sampai tu, ada lah dalam 10 orang yang tengah menunggu lagi. tapi sebab tak sabo nak tengok muke anak punye pasal, aku tunggu kan jelah. betul-betul tepat pukul 7 malam, nama aku kena panggil dengan nurse. dah masuk dalam bilik check up tu pun bukannye boleh terus jumpe dokter. kena tunggu lagi sebab dokter yang bertugas mase tu sorang je. memang patut pun ramai yang menunggu tapi yang peliknye orang datang ke klinik tu tak putus-putus. lepas sorang, sorang masuk. then, almost setengah jam jugak la aku terbaring je atas katil tu menunggu dokter untuk start scan budak kecik ni haa. kemain lame lagi dia bagi consultation kat patient bilik sebelah. tepat kul 7.30 dokter pun masuk and mula kan sesi scan. aku nye teruja + nervous pun datang secara tibe-tibe. alhamdulillah, budak kecik ni sihat. kepala dah berpusing kat bawah and kaki pun dah dok kat atas perut aku. patut la makin sesak napas kalau duduk lame-lame kat opis. rupenye budak kecik ni dah galak menendang rusuk aku hehe. dapat jugaklah aku tengok muke budak kecik ni. tapi gambar tak dapat nak upload sebab aku lupe nak request cd. gambar dia ada lah tapi malas lah nak scan-scan ni. budak kecik ni pandai. mase nak tengok muke dia, dia boleh bantai lelap padahal sebelum tu kemain giat bersukan dalam perut aku ni ha. mula-mula macam malu, siap tutup muke lagik dengan tangan. lepas dokter dah usik-usik baru dia nak alih tangan dia and nampak la full view muke dia. hmm memang sebijik ayah dia. hidung, mulut, mata, bentuk muke memang anak ayah sangat! tibe mase nak tengok jantina dia. kemain lagi main sorok-sorok. siap tutup pakai tangan lagi. saje je nak buat surprise anak mummy ni. second attempt, baru nampak view sket tapi macam agak-agak samar. mula-mula tengok macam konfius pun ade jugak tapi dokter dok tunjuk jugak sambil cakap 'tengok betul-betul'. yelah, kite ni bukannye orang perubatan and biase dengan bende-bende anatomi badan manusia kan. dokter cakap kaki, kite iye kan aje. dia cakap bontot pun aku iye kan je. haha tapi untuk setakat ni, jantinanya perlu dirahsiakan terlebih dahulu. my man cakap biar surprise. sekarang ni biar kitorang je yang tau. aku nye excited nak bitau orang lain terpakse ditahan. kalau ikutkan memang tak boleh nak tahan tapi dah permintaan dia kan, so aku ikutkan je. Saya Yang Menurut Perintah la kate kan :P

so far, sangat gembira dapat tengok budak kecik ni and tau jantina dia. terus last weekend beli baju-baju dia plus few other keperluan yang tak cukup lagik. dah semakin excited nak tunggu budak ni keluar! tak sabar pulak jadik nye ;)

1 comment:

*diera* said...

ahh tak bole.. da janji.. huhuhu