Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan ;)

alhamdulillah, walaupun agak tak berapa yakin dapat puasa disebabkan selera makan yang makin menjadi-jadi (plus budak kecik ni manjang je mintak makan every hour), tapi semalam berjaya jugak mengharungi puasa. lepas dah sehari and tengok pada keadaan semalam insya Allah boleh lagi teruskan puasa selagi mampu. tenkiu budak kecik sebab paham mummy dia nak puasa. kalau idak, jenuh la mummy nak ganti puasa nanti. cukup lah dengan hutang puasa tahun lepas yang tak dapat langsai tu huhu

so since semalam melaka dapat cuti sempena 1 ramadhan, aku pun ambik kesempatan untuk cuti gak. saje je nak berehat-rehat kat rumah. bertalu-talu la orang dok sms wish selamat berpuasa and happy ramadhan. ramai jugak yang terkejut sebab aku berjaya mengharungi puasa semalam. hehe cuma budak kecik ni agak terkejut la sebab pagi-pagi pukul 5 dah makan nasik kan. pastu bila buka puasa je semalam terus perut cramp. memang culture shock betul budak kecik tu. kesian kat dia hehe semalam jugak dapat pergi sembahyang terawikh. dapat la buat 8 rakaat. mula-mula macam tak larat je sebab petang tu kaki dah penat pusing satu bazar ramadhan tapi kuat kan semangat jugak. budak kecik ni pun dah pandai bagi kerjasama. bagus anak mummy ni. hari ni behave macam semalam jugak okeh ;)

dikesempatan ini, nak wish selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga dalam bulan yang mulia ni, kita sama-sama memperoleh keberkatan, insya Allah ;)

gambar bercuti aritu ;)

No comments: