Thursday, February 2, 2012

One Born Every Minute

sangat teruja tengok tv show ni. dia cite pasal hal-hal dalam labour room, sakit bersalin macam mana, gelagat-gelagat orang yang nak bersalin and macam-macam lagi la. kenapalah before bersalin dulu tak terlintas pun nak subscribe metro package ni eh? tapi takpelah. belajar untuk akan datang ;)

memang sangat teruja and terharu betul bila tengok scene-scene masa sakit contraction. teringat pulak masa bersalin dulu. punyalah kemain payah. kekonon boleh tahan sakit bersalin tu sampai tak nak ambik epidural. haha tapi tengok nurse-nurse and doktor yang handle cases dalam tv show ni memang sangat professional. especially nurse-nurse diorang la. aku rasa masa aku dah start nak teran tu macam takde pulak nurse yang bagi encouragement untuk push dengan guna kiraan 1 sampai 10. contoh nya: tarik nafas then teran. mase meneran tu nurse akan buat kiraan 1 sampai 10. bila dah habis 10 tu baru tarik nafas balik then sambung balik rutin yang sama. pastu nurse-nurse diorang sangat tenang. takde guna ayat-ayat seperti ' u can do it', 'puan boleh'. diorang just bagi encouragement dari segi sentuhan and expression. haishh kalau lah hospital kat malaysia camtu kan. maybe ada hospital yang macam tu cuma hospital putrajaya ni tak tau la cemane kan. dah la mase kat dalam labour room tu kemain ramai lagi budak praktikal. lepas sorang-sorang dok tanya soalan. kita ni dahla tengah sakit pastu banyak soalan nak tanya. geram pun ada jugak.

lagi satu masa tengok tv show ni yang aku perasan, diorang akan bersalin kat tempat yang diorang warded. dahla dapat satu bilik sorang pulak tu, then mak ayah, family semua boleh masuk (cuma at one time kena ada 3 orang sahaja dalam bilik tu) tapi tak kisah lah janji orang boleh tengok kita punya condition masa tengah sakit contraction tu. then kalau kena operate c-sect pun husband boleh masuk sekali. i'm sure private hospital bagi kebenaran untuk tu kan. but all in all tv show tu memang sangat best and kebanyakan baby yang dilahirkan tu memang besar-besar belaka. semuanya berat sekitar 3-4 kg. mungkin sebab mat salleh ni memang baka besar kot tu sebab baby pun besar. hehe

so if guys ada subscribe metro package, tengok la tv show ni every wednesday start pukul 9pm kat Bio Channel. ada back to back episode dari last week punya show.

ps: dah tengok scene-scene beranak ni tiba-tiba rasa macam nak mengandung balik pulak haha :P

No comments: