Tuesday, January 31, 2012

campak

Sedih betul tengok keadaan Hannah yang sakit. kesian dia. batuk, selsema pastu muka & badan pun dah start naik ruam. dah few days macam tu since khamis minggu lepas. hari tu ingatkan kena chicken pox sebab dah ada tanda-tanda sket tapi rupanya kena demam campak yang ruam-ruam tu je sebab dah tumbuh measles satu badan. nasib baik la kena kecik lagi so takde la dia rasa gatal-gatal sangat.

masa majlis dia hari tu nasib baiklah dia tak berapa meragam sangat. dah selesai semuanya baru dia start ngerang sakit. dengar suara dia merengek pun dah sedih. kalau lah boleh transfer sakit dia tu ke kita, dah lama dah buat. semalam baru dia ada selera nak minum susu. kalau tak, buat 2oz pun tak habis. minum sket je mesti batuk-batuk. sekarang ni dah ok sket. cuma dia dah tak seceria macam selalu la. takde senyum-senyum, gelak-gelak atau riuh-riuh macam selalu. dia asyik rasa penat je. kalau meniarap mesti terbaring je. kejap-kejap je angkat kepala. pastu malam kalau tidur mesti kena tidur atas badan kita dulu. kalau terus letak mesti dia merengek-rengek.

cepat la sihat Hannah Raisha. mummy rindu nak dengar gelak ketawa & mulut riuh awak tu. huhu

No comments: