Thursday, March 22, 2012

6 months & counting

Wahh lama dah tak update blog kan. Sejak dah pandai meroyan kat twitter jarang-jarang nak bukak blog hehe lagi pun kat opis skang dah block segala blogspot tu yang payah nak update tu. Dapat bukak pun during lunch hour n lepas pukul 5. Lunch hour dah tentu-tentu nak pegi makan kan? Pastu lepas keje dah tentu nak cepat-cepat balik umah plak kan? Maka terabai kejap la blog kesayangan ni.


Ni pun nak cite sket progress anak kesayangan yang sorang tu. Kejap je dah nak masuk 7 bulan. Rasa macam tak puas je manjakan dia, dah besar. Nanti tau-tau je dah nak dapat adik. Haa jeng jeng jeng. Tak lah. Another 2 years insya Allah kalau ade rezeki baru boleh menambah. Kalau nak ikutkan hati skang ni pun dah boleh menambah. Tapi memikirkan keadaan keje skang plus kewangan, kena sabar sket la kan. Tapi kalau rezeki Allah nak bagi within target period nak buat cemane kan. Alhamdulillah hehe


Hannah Raisha skang dah laju mengesot ke depan. Sebab ape mengesot bukan merangkak? Sebab dia pun beljn pandai nak gerakkan tangan dia. Tang kaki tu dah lulus memang dah gaya nak merangkak dah. Tang tangan tu je yang fail. Setakat ni dia baru pandai gerakkan tangan kiri ke depan. Tangan kanan masih statik lagi. Hopefully by next week dah ade kemajuan sket kot. Nanti next week insya Allah nak belikan dia walker. Haritu cuba sepupu dia yang kat johor tu kemain suka lagi tapi belum laju laa. Kira boleh laa. Dah ade walker nanti nak masak kat dapur pun dah senang. Bawak je dia skali. Dah la tak boleh nak tinggal kejap. Pusing tengok orang takde mula lah nak nanges. Haihh la anak.


Tang makan pulak, dia tak berapa gemar sangat. Mungkin sebab baru lagi kot. Mula-mula sebelum demam tu makan jugak dia. Mashes potato kfc tu banyak jugak la dia makan. Then bila dia demam, bagi la makan ape pun tak jalan. Bubur masak sendiri tak nak, nestum beras pun tak jalan, nestum gandum lagi la dia tak nak. Sampai buntu la nak bagi makan apa. Ingatkan mase demam tu je takde selera. Maklum laa tekak tak sedap. Tapi dah elok demam pun same gak. Siap bergaduh-gaduh macam nak bagi makan ubat laa. Takpe lepas ni nak try bagi puri buah plak. Puri pisang ke, epal ke. Tunggu ye Hannah. Mummy akan buat macam-macam resepi untuk make sure Hannah suke makan. Tak sabar nak memasak untuk anak hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: