Friday, December 5, 2008

Bawak Diri...

Mcm sedih je bunyi kan? Sebenarnya nak cakap yang i'll be away for few weeks untuk menyelesaikan beberapa tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku oleh pihak atasan. (pehhh ayat tuhh sangat lah kerajaan okeh!)

Antara tanggungjawab-tanggungjawab yang terpaksa aku galas adalah bermula pada minggu depan. Pada tarikh 10hb Disember 2008 selepas waktu tengahari menjelma aku perlu membawa diri bersama-sama incik Merah ke Hotel The Zone Regency yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru. Aku perlu menghadiri dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan Negeri Sembilan dan Mesyuarat Semakan Cukai Tanah Persekutuan 2009. Hebat kan bunyi mesyuarat-mesyuarat tersebut? Sepatutnya yang patut menghadiri mesyuarat tu adalah Pegawai Daerah tapi disebabkan Pegawai Daerah ku bercuti seminggu sempena dengan Hari Raya Korban, maka aku terpaksalah menjadi wakil kepada majikan ku. Iye pada permulaan aku sangat teruja untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut tapi disebabkan aku perlu mengeluarkan wang sendiri (yang agak besar jumlahnya) maka terbatas sudah kegembiraan aku untuk ke sana! Tidak mengapalah. Aku buat semua ni pun atas dasar menimba pengalaman memandangkan aku baru saja memasuki sektor awam. Aku berharap tidak ada adegan menyalahkan orang-orang yang berkenaan. Yelah selalunya tujuan adakan mesyuarat adalah untuk menunding jari pada pihak-pihak yang kerap kali melakukan kesalahan. Tidak begitu? Jadi untuk kedua-dua mesyuarat ini memaksa aku untuk bermastautin di Hotel The Zone Regency tersebut selama 2 malam dan akan pulang ke pangkuan mak ayah aku pada 12hb Disember selepas waktu tengahari.

Pada 13hb Disember pula aku perlu menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku yang agak lama tidak bertemu, Saudari Syazwani atau aku lebih kenal beliau dengan nama Wawa. Mengikut pada kad yang aku terima pada minggu lalu, bakal suami beliau bernama Iqbal. Hmm mungkin beliau berkahwin dengan cinta pertama beliau. Aku biasa mendengar nama bakal suaminya semasa kami sama-sama belajar di UiTM Shah Alam dan pada masa itu aku baru saja mengenali seseorang yang bernama Salman. Ahh lupakan sekejap tentang Salman. Aku agak teruja juga untuk ke majlis perkahwinan Wawa tu. Maklumlah mungkin aku boleh berjumpa dengan sahabat-sahabat sekolah rendah aku memandangkan rumah beliau terletak bersebelahan dengan sekolah tersebut.

Pada 14 Disember pula, aku mungkin (ya mungkin) tidak ke mana-mana memandangkan aku perlu membuat persiapan untuk berkursus selama 10 hari di INTAN Kluang, Johor bermula pada 15 Disember 2008 sehingga 24 Disember 2008. Untuk kursus tersebut, aku perlu menyediakan diri dari segi mental dan fizikal memandangkan kursus ini merupakan persediaan untuk ke Kursus Diploma Pengurusan Awam. Ya, aku ada bercakap dengan urus setia kursus tersebut dan urus setia itu merupakan urus setia yang sama semasa kami mengikuti program orientasi pada bulan Ogos lalu. Urus setia tersebut juga ada memberi bayangan yang menunjukkan bahawa kursus yang bakal aku lalui nanti, modulnya lebih teruk lagi. Aku hanya perlu berdoa dan menerima apa yang bakal terjadi saja. Harap-harap aku dapat menempuh kursus tersebut dengan jayanya.

Aku akan bertolak pergi ke Kluang, Johor seawal pagi 15hb Disember itu dan akan bertolak pulang ke pangkuan mak dan ayah ku seawal pagi 25hb Disember. Jadi kepada sahabat-sahabat yang kerap mengunjungi blog aku ni, aku ingin ingatkan kalian, janganlah bersedih hati. Aku pergi tidak lama. Hanya 3 minggu saja. Aku perlu pergi untuk melengkapkan diri aku menjadi seorang penjawat awam yang berintegriti, berkualiti dan berketrampilan. Jadi doa-doakan lah kejayaan ku wahai sahabat-sahabat ☺

*akhir-akhir ni, aku kerap berkecil hati bila ada beberapa manusia yang begitu sinis mempertikaikan tentang cara bekerja penjawat awam. hmmm *Saya Yang Menurut Perintah*

3 comments:

*Mami Damia Aisyah* said...

3 minggu ke.. lamaaa tuuu.. huhuhu sedih plak bace huhuhuh.. hehehhe takpe jgn sedih2 ekk kitorg duk opis elok2 tak gaduh2 nye wahahhaha... tapi bosan la nanti takde bahan bacaan baru ari2.. hehheeh tp kalo cik update dr tempat kursus bagus gaks.. heheh neway take care ekk.. bwk keta lek lok.. hehhehe

[M.Y] said...

hehe insya Allah kalo ade kesempatan akan sy update nnt.. takot kt sane t'igt² hal blog nih je haihhh laaa

Lina Azlina said...

huhu..yaya..jgn lame² okehhh
nti winduuuu..nyam nyam