Monday, December 8, 2008

Selamat Aidiladha & Hepi Holiday to me.. yeay!!

Selamat Hari Raya Haji semua!! akhirnya dapat juga aku duduk kat umah lebih dr 2 hari. Alhamdulillah esuk aku cuti lagi dan pagi rabu nnt baru aku akan berangkat pulang ke tampin. Tapi misi aku tak habis sampai situ je. Seperti aku cakap dalam blog sebelum ni, pada tengahari hari Rabu tuh aku dah kena berangkat ke JB plak. Ada misi yang perlu diselesaikan.


Sabtu hari tu, sepupu aku bertunang dengan jejaka pilihan nya. Well, tahniah kak zanie. Akhirnya kemarau kenduri kahwin dalam keluarga kita dah berakhir dengan bermulanya pertunangan abg aku pada awal tahun hari tu dan diakhiri dengan pertunangan kak zanie pada hujung tahun 2008. Abg aku pula dijangka akan mendirikan rumahtangga nya pada Ogos tahun 2009 sebelum bulan puasa menjelma. Dan kak zanie pula kemungkinan akan mendirikan rumahtangga pada tahun 2010. Haihhh satu persoalan melanda fikiran ku. Kalau kak zanie memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2010, bagaimana dengan impian perkahwinan yang aku rancangkan tu? Nnt aku tak dapat la jolokan wedding of the year dikalangan kaum keluarga ku. Tarikh 10.10.10 takkan jadi surprise pada keluarga ku la? haihh Takpela semoga kak zanie bahgie sehingga ke anak cucu (ehh mcm dh kawen plak kan?)


Pada hari yang sama juga, aku bersama dengan adik-beradik ku berserta dengan bakal kakak ipar ku merancang satu kejutan kepada mak dan ayah ku bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka. Ya, mak dan ayah ku telah berkahwin selama 29 tahun. Alhamdulillah kami hidup dengan bahgia nya hehe. Waktu kami buat kejutan tuh, pelbagai alasan kami gunakan. Abg aku memainkan peranan penting sbb dia perlu menculik mak dan ayah ku terlebih dahulu supaya kami adik beradik dapat berada di tempat makan yang telah dirancang terlebih dahulu. Pada petang tuh, bakal kakak ipar aku telah menempah 1 jambak bunga daisy dan lily serta 2 jambak bunga ros untuk diletakkan diatas meja makan tu nnt. Sangat romantik kan? Tapi disebabkan makan berlapan suasana romantik tu agak kurang la hehe.



Selamat UlangTahun Ke 29 Mak & Ayah!! We luv u!!!

Pada Raya Haji semalam nya pulak, seperti biasa setelah selesai acara korban di kawasan perumahan aku ni, kami sekeluarga akan bergerak ke Wangsa Maju, rumah pak ngah aku. Kalau ditahun-tahun yang sudah, kami akan menuju ke rumah nenek aku yang terletak berdekatan dengan rumah pak ngah aku, tapi disebabkan nenek aku telah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa hari tu, maka suasananya agak berbeza sedikit la. Takpela setiap yang hidup pasti akan mati juga kan? Kita yang hidup ni boleh mendoakan dan menyedekahkan Al-Fatihah pada yang telah pergi. Amin. Kembali pada suasana di rumah pak ngah aku tadi. Kami sampai disana sekitar jam 2 ptg. Apabila tiba disana, makcik aku serta anak-anak dan cucu nya telah pun sampai. Maka bermula laa sessi gelak ketawa secara besar didalam rumah yang kecil tuh. Makanan yang terhidang pun ala² makanan di Aidilfitri juga. Ada ketupat, masak lodeh, lontong, ayam masak kari, kuah kacang, ayam masak kurma dan mcm² lagi la. Yang kurang hanyalah kuih² raya. Maklum la masing-masing sibuk dan tidak sempat untuk membuat kuih raya. Agak lama juga kami di rumah pak ngah. Sekitar jam 6 ptg baru kami berangkat ke rumah makcik yang terletak di kawasan Wangsa Maju juga. Sebelum ke rumah makcik aku, kami singgah sebentar di rumah sepupu aku, Kak Anti untuk melawat anak beliau yang baru dilahirkan pada 8 November hari tu. Anak dia sangat kiut dan pipi nya kemain chubby lagi. Geram aku dibuat nya. Tapi semasa kami datang tu dia tgh tidur, walaupun telah dikejut-kejut tapi masih tanak bangun jadi aku hanya dapat menggomol Leia dalam tidur sahaja. Oh ya, nama anak Kak Anti ialah Nuraleia Ekaputri binti Abdullah. Kiut kan nama tu? Selepas itu, baru kami menuju ke rumah makcik aku untuk menjamu selera. Masing-masing perut sudah kelaparan maka banyak la makanan yang habis hehe keluarga ku kalau bab makan-makan ni mmg champion la hehe kami bergerak pulang ke Putrajaya dari Wangsa Maju dalam pukul 7.30 mcm tu. Kami sepatutnya singgah ke rumah makcik aku yang terletak di Putrajaya juga tapi disebabkan aku kepenatan, maka hanya mak, ayah, abg dan adik ku sahaja yang pergi sbb mereka naik satu kereta yang sama. Org-org yang naik kereta ku terus sahaja menuju ke rumah untuk menonton TV. Begitu lah suasana Hari Raya Haji aku pada tahun ni. Hujan sesaja sejak dari malam sebelum nya sehingga lah ke malam hari. Sejuk mmg sejuk la tak leh nak cakap.

Pagi ni pula aku ada misi yang perlu diselesaikan. Aku bersama dengan adik aku perlu ke Maybank untuk mengemaskinikan buku adik aku dan kemudian ke RHB bank untuk aku masuk kan duit aku dan yang terakhir kami perlu ke Bank Rakyat untuk bertanyakan mengenai satu masalah yang perlu diselesaikan. Selesai je urusan-urusan di bank, aku nak menuju ke Carrefour di Alamanda untuk mencari biskut yang aku makan semalam di rumah pak ngah aku. Boleh lah aku bawa bekalan biskut tersebut ke Johor Bahru nnt hehe. Ptg nnt juga aku perlu menghantar adik aku ke LCCT kerana beliau akan pulang semula ke Sarawak. Beginilah hidup seorang perantauan. Nasib baik lah aku tidak dihantar bekerja yang terlalu jauh. Aku ni dahla sedikit homesick hehe. Oklah masa untuk aku mandi dan menyelesaikan apa-apa yang patut dalam bilik mandi.

No comments: