Friday, January 2, 2009

Berjumpa dengan sahabat lama..

Semalam dpt peluang jumpa dengan sahabat lama. Yea, agak lama aku tak jumpa dengan kawan yang seorang ni, Encik Din a.k.a badkids. Gile lame tak jumpa dengan mamat sorang nih. Last aku jumpa dengan dia masa tahun 2005 kot. Tu pun masa tu aku masih lagi belajar di UiTM. Masa zaman-zaman krisis dengan sahabat-sahabat dia yang lain. Din ni susah nak jumpa sebab dia tinggal di Terengganu. Bekerja di Syarikat Minyak milik negara kita. Gaji agak lumayan jugak hehe.

Din cakap aku makin 'vogue', sepsi, berantai dan pelbagai lagi perkataan yang agak daring yang aku tak berapa ingat keluar dr mulut Din tu. Memang siot betul Din tu. Suka sangat menyakat aku dari dulu lagi. Dulu penah sekali dia dan rakan-rakannya menggelarkan aku dengan nama 'Karipap Masam'. Aku pun tatau macam mana boleh timbul isu karipap masam tuh. Tapi atas dasar gurauan dari kawan-kawan, aku takdelah nak ambik pusing sangat.

Aku jumpa dengan dia dalam pukul 6 petang macam tu. Ambik dia dan gf dia di Bangsar lalu kami menuju ke The Curve. Aku kalau bab-bab keluar ni memang agak blur skit bila orang memberi penuh kepercayaan kepada aku untuk memilih lokasi melepak dan makan-makan. Jadi dengan tidak semena-mena nya aku terus menuju ke The Curve. Ikutkan aku nak menuju ke One Utama tapi disebabkan pada malam sebelumnya tuh Din dah ke sana, jadi aku menuju ke The Curve saja. Sampai saja disana terus ke kedai makan "Little Penang Cafe". Aku memesan semangkuk Asam Laksa, Din memesan Char Kuey Tiau dan Gf Din memesan Curry Mee. Sambil-sambil makan kami rancak bebual tentang perkembangan diri masing-masing. Dah cite-cite pastu terkeluar jugak lah cite zaman-zaman sekolah dulu. Oh yea, aku kenal Din ni mase zaman sekolah dulu. Masa zaman kami tengah sibuk berchatting di MiRC. Din ni dulu salah seorang student di High School Setapak. Sekolah tu agak glamour juga seglamour sekolah SJI dan VI. Maklumlah sekolah lelaki. Memang glamour lah. Dah selesai makan-makan, kami berjalan-jalan disekitar The Curve. Tiba-tiba Din ternampak Tesco dan mengajak aku ke sana. Kononnya nak carik Jus yang boleh buat ice blended katanya. Dah dapat segala barang di Tesco, aku saja mengajak Din dan gf nya ke Ikea. Saja je nak membuang masa sebab hari masih awal lagi walaupun waktu masa tu dh mencecah ke angka 9 malam. Berjalan di Ikea, Din telah membeli 3 batang pokok chinese bamboo kalau tak silap aku. Ada ke pegi jauh-jauh beli pokok je. Memang kelakar betul lah Din ni. Dan aku tak sangka yang Din ni minat benda-benda yang berunsurkan kan pokok dan tanaman ni. Din siap berpesan pada aku supaya jangan menceritakan hal yang dia beli pokok tu kepada rakan-rakan nya yang lain. Beli pokok pun nak malu ke? Takut hilang macho la tu kot hahaha. Selesai saja di Ikea kami terus menuju ke Big Apple Donut untuk membeli sekotak donut untuk dimakan di dalam kereta. Akibat daripada malam masih agi awal, kami decide untuk ke restoran NZ yang terletak di Wangsa Maju untuk mengeteh. Dapat jugak lah aku merasa Meggi Goreng yang begitu original dan air teh o ais limau yang tidak terkata sedap nya. =)


Aku begitu gembira dapat jumpa dengan Din dan mengetahui perkembangan sahabat-sahabat dia yang merupakan sahabat-sahabat aku juga suatu masa dulu. Cuma aku terkilan tak dapat nak jumpa dengan Wan McDonut dan juga Amir. Takpelah mungkin pada masa akan datang kot aku dapat jumpa dengan mereka berdua tu. Sebelum keluar dari kereta Din sempat berpesan pada aku, "kalau dah sampai masanya jangan lupa pos kad jemputan". Aku pada mulanya kurang faham tapi setengah minit kemudian aku hanya mampu gelak besar dan mengeluarkan kata kesat pada Din. hehe Permulaan tahun baru yang agak mengembirakan.


* rasanya dat sumbody mcm dah tak sudi
nak berkawan dengan aku. aku pun tatau ape salah aku pada dia.
asal aku kol je dia reject phone call aku..hmm
takpelah nak buat cmne kan huhu

No comments: