Thursday, November 18, 2010

what a boring day!

bosan keje time² cuti perayaan ni. pelik betul raya haji boleh cuti sehari je kan. patutnya raya haji ni la yang kena cuti lama-lama kan. (alasan malas keje je tu :P) well, hari ni tak banyak keje pun. just melepak, blog hopping from one blog to another, then buat² sibuk sket konon-konon nak buat pembersihan data, pastu sambung blog hopping balik then terus dapat ilham nak update blog.

patutnya kena attend meeting kat seremban petang ni. meeting pasal bola ape ntah. ikutkan memang nak pegi tapi hari ni tak pakai baju batik kan, malu la nak pegi suk tu dengan baju kurung biasa je. dah la yang chair meeting tu dato suk plak tu. kang kena sound dalam meeting tu tak memasal je.

pagi tadi before lunch ada pulak hal remeh temeh jadik. ade ke adik tunang aku boleh sms aku tanya pasal persiapan dulang & pergerakan family diorang ke rumah aku 4hb nanti? wajar ke? logik ke nak tanya kat aku yang orang luar? kalau la yang kawen tu adik dia n aku dah menjadi part of family diorang tu lain la. ni dia boleh tanya kat aku pasal perjalanan diorang nak ke rumah aku nanti, pastu tanya dulang hantaran yang diorang nak bagi kat aku tak settle lagi. ape ke bodoh sangat adik dia tu. dulang hantaran yang korang nak bagi aku & pasal penginapan korang tu settle sendiri laa dengan ahli family yang lain. bukannya tanya kat aku. cukup la peningkan kepala aku dengan segala persiapan yang aku nak kena buat; dari katering, khemah, kerusi meja, pelamin, bilik pengantin, doorgift, hiasan dalam rumah, hiasan kat pelamin, hantaran untuk abang ko tu semua letak atas kepala aku. pastu nak suruh aku pikir pasal masalah kecik ko tu je? aku tak paham betul la. kalau ko tanya kat abg ko tu lain la, ni boleh pulak tanya kat aku. cukup la aku dah arrange & booked kan bilik hotel untuk family korang tu. tak payah la nak nyusahkan aku dengan benda² lain lagi.

ishk nak kata ni baru first time dapat akak ipar tak jugak, penah je ko buat kenduri kawen sebelum ni. tapi kali ni pulak ko nak pening² kan kepala aku pulak. tak faham-tak faham. dah tu bila aku mengadu kat abang dia, dah boleh jadi gaduh pulak, siap cakap tak nak datang ke majlis aku ape semua. ape punya perangai la. yang ko sebok² nak pening² hal orang afsal? kan benda ni dah dibincangkan dengan mak ayah ko, so ko tak payah la sebok² nak ambik tau ke ape. pastu atas ko tu bukannya ko ade sorang abang je pun, ade abang² yang lain, so biarlah diorang je yang settle kan. tunggu time ko nanti baru ko tau pening dia macamana nak pikir pasal majlis kawen ni okeh!

1 comment:

*diera* said...

uish dasat.. bawak bertenang k...hehhhe esok keruja? nak datang sana lah esok.. hehhehehe