Thursday, December 16, 2010

pemalu? or malu tak bertempat?

aku ni kadang-kadang akan timbul sifat malu yang tak bertempat. contohnya kawan-kawan kita yang tengah berucap kat depan tu and suddenly diorang terbuat lawak bodoh yang boleh memalukan diri diorang tapi diorang tak rase malu, aku ni yang jadi bertambah malu. (u get what i mean kan) and situasi malu yang tak bertempat ni jadi masa sekarang ni.

aku dah cuti kawen yang sangat lama (2 weeks). jadi bila sampai hari yang patut aku kena masuk keje balik, aku mesti akan rase macam tak seronok. yelah sape yang rase seronok nak keje lepas dah cuti lama-lama kan. tapi akunye tak seronok nak keje sebab aku rase malu nak jumpa dengan rakan-rakan sekerja n staf-staf yang lain. aku malu sebab aku dah kawen! boleh? mase hari isnin hari tu, aku pergi keje dengan perasaan dup dap dup dap. aku siap berharap mase aku masuk ofis nanti takde orang sedar akan kemunculan aku. aku punch kad pun senyap-senyap, buka pintu bilik senyap-senyap. tak nak bagitau orang yang aku dah masuk keje. aku rase malu lepas aku dah kawen ni sebab aku tak nak diorang usik-usik aku dengan jokes orang lepas dah kawen (u guys know what i mean kan) nanti diorang akan start teasing me with whatever jokes or things that makes me uncomfortable. sangat tak suke okeh! benda malu tak bertempat ni pun jadi bila aku lepas tunang last year and bila ada occasion-occasion yang bizarre jadi kat aku. kekadang rase tensen jugak kan.

lagi satu pasal hal malu tak bertempat ni jadi bila ada majlis keramaian. contohnya pergi majlis orang kawen and kita pergi sorang-sorang and plan untuk jumpa dengan rakan-rakan kita kat sane je. tapi bila sampai kat tempat kejadian, kawan-kawan kita semua dah balik and kita akan rase awkwarness nye bila kena makan sorang-sorang and jumpa family pengantin sorang-sorang. tu lagi memalukan okeh! that's why dulu mase zaman-zaman bujang, kalau nak pergi majlis orang kawen aku akan ajak (atau paksa) my sister to come along with me. barulah rase selesa ada geng nak berbual and makan sama-sama kan. hehe tapi ni dah kawen, insya Allah ada je majlis kawen, i'll drag my man along. tak kira la if he has to come all the way from JB just to accompany me to the wedding. kejam tak? :P


*boleh tak nak mengharap duet tu jatuh dari langit esok? nak pegi jumpa cinta hati kat jb esok. huwaaaa i miss my man!*

2 comments:

*diera* said...

heheheh malu eh.. hahahha biasa la tu.. heheheh tapi kadang2 bila dorng (orang opis) kaco2 gitu pun bole bikin hangin satu badan jugak.. ye la bende tak patut sebut di sebut.. hehhehe.. smpi sekarang still bengang dengan seseorang di sana.. hahhahaha

[M.Y] said...

hahaha.. sian nye awak.. sape laa orang yang still bengang lagi tu eh?