Monday, August 8, 2011

Al-Fatihah

salam takziah diucapkan kepada kak gee sekeluarga di atas kehilangan suami beliau. al-fatihah

kak gee ni staff kat tempat keje aku sama macam intan bintan tu. previously dia memang direct under aku before aku tukar unit lain starting last year. at first bila aku jumpe dengan kak gee ni, my first impression adalah 'dia seorang yang pendiam'. orang nya baik sangat-sangat. cakap pun lembut je. dia jugak seorang staff yang tak akan/ tak pernah say 'no' atau betah dalam tiap benda keje yang aku bagi kat dia walaupun keje tu bukan lah tugas hakiki dia. masa aku jadi ketua unit dia dulu, aku tersalah buat judgment and bagi kat orang lain untuk dapat APC on that year. tapi alhamdulillah, walaupun aku bukan lagi ketua kat unit tu tapi ada orang recognize her work and effort maka dia pun dapat APC tahun ni.

tadi sempat jugak melawat family in law kak gee kat melaka, nak tengok keadaan diorang macam mana kan. kami beramai-ramai sampai satu opis pergi ke rumah dia. sayu je hati bila masuk dalam rumah tu. aku tak sanggup nak tengok muka mak mertua kak gee and muka kak gee especially sebab kami berada di dalam kondisi yang sama i.e mengandung. due date kitorang pun dekat-dekat je, aku due 27hb ogos, dia pulak due 31hb ogos ni. besar sungguh dugaan yang kak gee tempuh. yang buat aku sedih bila mengenangkan nanti bila dia nak bersalin, sapa lah yang akan teman dia dalam labour room nanti. maklumlah, kat hospital kerajaan, yang boleh masuk labour room tu husband sahaja. mak n ayah pun tak dibenarkan masuk. macam mana lah dia nak hadapi bersalin sorang-sorang. dah lah anak sulung pulak tu. kalau dah dua atau tiga orang anak lain dah experience dia. lepas tu, nak ditambahkan lagi sedih, anak dia dalam perut lagik dah jadi anak yatim takde ayah. tak dapat lah aku bayangkan kalau aku berada ditempat kak gee. dah la tahun ni baru tahun pertama nak beraya sebagai suami isteri, kawin pun belum sampai setahun lagik. pada hal last week baru je aku tanya kak gee pasal suami dia tu. dia cakap suami dia still tak keluar hospital lagi setelah nak dekat 2 bulan lebih dok kat sane. dari icu transfer ke wad biase and sampai la kena pakai alat bantuan pernafasan sebab arwah suami dia pernah sesak nafas. mase borak-borak dengan dia hari tu, aku siap cakap 'takpelah kak gee, doa jela mane tau kot dia boleh keluar sebelum raya and kak gee bersalin ke, boleh jugak raya sama-sama and dia tengok anak kan'. tup-tup pagi semalam dapat sms suami dah pergi tinggal kan dia. mase tu aku terus menangis. sedih mengenangkan keadaan dia yang sangat baik tu. mungkin Allah ada perancangan Nya yang tersendiri yang kita pun tak tau. tapi alhamdulillah, rezeki arwah suami kak gee meninggal mase bulan ramadhan ni. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

doa aku untuk kak gee semoga tabah menghadapi dugaan Allah dan semoga sebelum nak raya nanti roh arwah datang menziarah dan melihat keadaan kak gee and anaknya. orang cakap selalunya nak dekat-dekat raya nanti, roh-roh orang yang dah meninggal akan datang menziarah kaum keluarganya. wallahualam

1 comment:

FRSR said...

al-Fatihah utk arwah.you both have a strong heart,keep faith on HIM and take care tau