Monday, September 19, 2011

Hannah Raisha Binti Azuwan - Pt. 1

yes, finally bersalin jugak aku. fuhh banyak sangat benda aku tempuh sepanjang nak melahirkan anak sulung aku ni. meh sini aku bagi sket kronologi kelahiran apple of our eyes, Hannah Raisha Binti Azuwan. the meaning behind her name is:
Hannah - Kasih Sayang
Raisha - Pemimpin Raja
Hannah Raisha - Kasih Sayang Pemimpin Raja ;)

sangat suke dengan nama tu. since dah pregnant 2 bulan lagi aku dengan my man dah pikir siap-siap nama untuk semua anak-anak aku nanti. so far dah ade 6 nama, 3 laki and 3 perempuan. hebat kan hehe


Ahad, 4th September 2011:
hari yang dinanti-nanti tiba. setelah habis segala open house dari raya pertama sampai raya ketiga, akhirnya hari ni aku kena men'check in'kan diri ke hospital putrajaya untuk bersalin. mase tu takde rase ape-ape pun stakat sakit gitu-gitu je. awal-awal pagi aku dah kluar rumah dengan my man, breakfast dekat mamak kembar kat precint 9 and lepas tu terus ke hospital. tepat pukul 8.30 am, aku dah selamat masuk hospital putrajaya kat wad 2B katil no 5. dapat laa bilik 2 orang sebab mase tu bilik sorang takde yang available. so bile dah masuk hospital, bermula aktiviti-aktiviti yang menyeramkan jiwa. mula-mula kena check bp, amek darah (part ni mmg seram la), masuk kan tiub kat tangan tu (dah la jarum dia panjang gile! saket sangat-sangat). then tepat pukul 1 pm kena panggil dengan dokter untuk check bukaan and induce. mak oiii seram gile! nasib mase tu my man ade sebab time rehat kan. time dia korek-korek nak check bukaan memang tersangat azab. pastu dokter pun masukkan ubat. memang rase macam nak nanges and lari dari hospital je. tapi ape boleh buat kan kena lah terima bak kate my man. nasib la ade dia. kalau ikutkan aku ni memang tak kuat semangat langsung. so start dari hari ni, bermula lah aktiviti korek-mengorek aku tu. pukul 7 am sekali, pukul 11 am lagi sekali, pukul 3-4 pm lagi sekali, pukul 8 pm and last sekali pukul 12 am. kalau bernasib baik, nanti akan ade laa dokter pakar datang tengah-tengah pagi macam pukul 2 am tu untuk check lagi bukaan. memang seram laa and dah bermacam-macam dokter dah penah check bukaan aku tu. nasib baik takde tangan dokter lelaki je haihh

Isnin, 5th September 2011
Selain dari aktiviti korek mengorek yang kemain giat lagi, on this day bukaan aku baru bukak 1cm je. contraction pun tak berapa nak power sangat. saket-saket gitu tapi lebih kerap la. nurse and dokter memang dari hari aku masuk lagi dah nasihatkan supaya aku banyak berjalan supaya bukaan tu cepat bukak. dorang tatau yang dah 3 minggu sebelum-sebelum tu since aku start cuti habis segala tempat aku dah tawaf. jalan tar, sogo, pavillion, the mines, ou, ioi puchong, segala jenis jusco. alamanda tu tak payah cakap la. boleh dikatekan hari-hari pegi sane dengan ayah aku. dah memang anak aku tanak keluar lagi nak buat cemane kan. tapi dah diorang suruh buat camtu aku ikut kan jela. dari terbaring tak buat ape baik jalan-jalan. jalan pun stakat pusing kat dalam wad tu je. sekali sekala datang la contraction tu. kadang-kadang kuat, kadang-kadang mild-mild je. alhamdulillah berkat berjalan-jalan keliling wad hari tu adelah kemajuan sket. 3 jam je dah bukak 2 cm. kire satu kejayaan besar lah hehe malam tu nak tidur memang tak berapa nyenyak sebab contraction dah tersangat kerap and makin saket. nurse pun kejap-kejap masuk untuk buat bacaan contraction guna mesin ctg atau pun manual.

Selasa, 6th September 2011
pagi-pagi macam biase aktiviti mengorek diteruskan. kali ni dapat good news. bukaan dah buat 3cm. memandangkan masuk hari ni aku dah overdue 10 hari dari tarikh edd, maka dokter cakap aku kena masuk labor room jugak pagi tu. lepas dah breakfast, dokter pecahkan air ketuban and masuk kan ubat berak, so bermula lah perasaan seram sejuk. my man awal-awal pagi dah naik ke wad untuk bagi sokongan moral. mase kena tolak ke labor room perasaan dia memang tak leh nak gambarkan. masuk je labor room aku dah terdengar dokter-dokter tengah encourage jiran sebelah untuk bersalin. macam-macam bunyi la aku dengar nasib labor room hospital putrajaya gune dinding konkrit bukan tirai biase. kalau tak memang lagik seram la kite yang mendengar nye huhu aku sampai kat labor room tepat pukul 9 am. sampai-sampai je kena salin baju, then amek bp, nurse pasangkan alat ctg tu kat perut. since aku nye bukaan baru 3cm and contraction tak berapa nak power sangat, nurse pasang mesin induce tu untuk mempercepatkan lagi bukaan aku. mula-mula dia guna level 2. mase tu saket dia memang lebih sket dari sebelum-sebelum ni la. tapi still bukaan aku lambat bukak. dari pukul 9 am sampai pukul 1 pm, bukaan aku baru terbukak dalam 5cm je. terus lepas tu nurse naik kan lagi level induce tu ke level 4. memang azab sangat-sangat induce guna mesin tu. sampai mengigil-gigil aku tahan saket. contraction dia memang tersangat kuat and kekerapan lebih kurang seminit setengah je. nasib la my man boleh masuk kat dalam labor room. so everytime contraction datang, dia akan pegang tangan aku atau bagi aku peluk dia untuk tahan. pastu my man jugak encourage untuk bernafas dengan betul sambil selawat banyak-banyak sepanjang contraction datang. kesian kat dia. sampai tergeliat la tangan, bahu semua sebab aku pegang and peluk kuat sangat-sangat. bila dah macam tu, maka nya bukaan aku pun cepat la bukak. tak sampai sejam bukaan dah bukak 8cm. tu pun ade dokter kejap-kejap datang dok seluk-seluk nak tolong bukaan aku bukak dengan cepat. tepat pukul 3.30 pm aku dah rase macam nak meneran sangat-sangat. mase tu aku cakap dengan my man. dah tak tahan sangat rase macam nak terberak. my man terus panggil dokter and nurse and diorang terus prepare ape-ape yang patut. mase tu dalam hati aku dah dok cakap 'this is it, take it or leave it' bile dokter suruh aku push everytime contraction tu datang aku pun push. tapi tak berapa kuat sangat sebab aku dah habis tenaga menahan contraction sebelum-sebelum tu. banyak kali jugak aku push separuh mati tapi still kepala anak aku tak nampak bayang langsung. bila dokter cakap bukaan aku dah 9cm and suruh aku push, aku pun push lagi and kepala anak aku dah nampak. my man cakap dah nampak rambut and mintak aku terus-terus push tanpa henti tiap kali saket datang. memang tersangat bertuah dapat my man sebab dia bagi semangat sampai macam tu sekali. last-last sebab dah terlalu lame sangat kat bawah tu and siap 2 orang dokter pakar datang untuk bagi opinion, dokter cakap aku kena bersalin secara ceaser sebab heartbeat anak aku makin low bile aku push. aku mase tu tak pikir ape, terus setuju je and my man pun bagi kebenaran, terus diorang prepare OT untuk operate aku. dan-dan tu pulak ade sorang minah mane ntah datang mintak aku sign surat consent. adoii laa aku ni dah la saket nak meneran pastu dia boleh plak suruh sign tu ni. nasib tak kena marah dengan aku je. sampai je kat OT tu, aku kena sign lagi satu surat consent untuk disuntik ubat epidural. then lepas dah sign tu, terus bawak pegi bilik operation and diorang mintak aku duduk untuk diorang masuk kan ubat bius separa badan tu. mase tengah duduk tu aku rase macam kepala anak dah ade kat punggung aku. saket nak meneran tu memang ade jela tapi nurse and dokter mintak aku jangan teran. if nak teran, kena teran bebetul so diorang tak payah operate and aku boleh bersalin normal. tapi dah teran-teran still gak anak aku tak bergerak. haihh ape la nasib kan. lepas dah masuk ubat bius tu terus aku tak rase ape-ape and dapat la aku tido kejap dalam tu. tau-tau je ade dokter tu datang cakap kat aku 'anak puan dah selamat keluar ye, tahniah'. sempat gak aku tanye laki ke pempuan and dia cakap tunggu dulu nanti aku tau. fuhh mase tu dia punye lega memang tak ingat nye. berbunga-bunga je perasaan. tapi yang peliknye aku takde dengar pun anak aku menangis. risau pun ade jugak. ttapi dah dokter cakap selamat tu betul la kan. then tak lame lepas tu dokter yang operate aku tu bitau yang mase operation tu, rahim aku ade luka sket and aku hilang darah dalam 300grm. since dah ade pendarahan tu dia bitau aku if aku nak mengandung lagi lepas ni, aku kena bersalin secara ceaser jugak sebab takut ade kesan sampingan kat rahim aku kalau bersalin normal. dengar je dokter cakap gitu, terus punah harapan aku nak anak ramai huhu takpe lah redha jela kan. lepas dari tu, datang sorang nurse bawak anak aku and tunjuk. so nampak lah jantina anak aku - gegirl! sangat suke. tengok muke pun merah-merah. tak sabar plak nak pegang hehe then dah settle sesi jahit menjahit dalam OT tu aku dibawak keluar ke recovery room untuk panas kan balik badan aku. menggigil-gigil kot dok dalam OT tu. cakap pun ketar-ketar je huhu tepat pukul 6.30 pm aku dibawak keluar dari recovery room ke wad 2B balik. siyes tak sabo nak tengok muka my man, mak, ayah, family members and of cos muka Hannah Raisha. tapi mase aku dibawak ke wad, Hannah tak ikut sekali. lama sangat pulak nurse tu nak bersih-bersih kan dia and check ape-ape yang patut. tengok je muka mak and my man, terus rase macam nak nanges especially my man la sebab dia la yang sungguh-sungguh bagi support mase dalam labor room last-last kena operate jugak huhu lepas dah sampai kat wad terus nurse kat sane salin baju aku ape semua. maklumlah kaki still numb takde rase ape-ape lagi. then 15 minit lepas tu nurse yang hantar aku tadi datang bawak Hannah Raisha. alahai comeyy nye anak mummy ni. nak pegang tak bleh bangun so tengok jela my man and family members yang lain pegang. rase lega and nak nanges je tapi control hehe malam tu still kena lepak kat hospital lagi sebab nak tengok progress aku macam mane kan. malam tu mak aku teman aku kat wad. yelah kang kalau dah terbaring tu macam mana nak menguruskan Hannah kan.

to be continue....

No comments: