Tuesday, October 4, 2011

hobi baru buah hati kesayangan

malas plak nak update entri yang pasal Hannah Raisha Binti Azuwan tu. cite tu memang sangatttt lah panjang. yelah seminggu kot dok hospital. dengan sakit nak bersalinnya cite lain, sakit operate cite lain pulak pastu dalam sakit-sakit tu kena jaga anak kat hospital sebab jaundice. tu yang buat jadi panjang. nanti-nanti jela (kalau rajin) aku sambung cite pasal tu eh. tak penting kot? ke ada orang nak baca gak? hehe

laa ni sebok dok tengok si bintan tu kemain rajin beno mengupdate blog beliau, maka aku pun terpanggillah untuk update blog yang tak seberapa ni. ikutkan banyak je cite and boleh je nak update blog tiap-tiap hari sebab tengah bercuti-cuti mesia ni kan. tapi kemalasan melanda + dengan menlayan karenah buah hati kesayangan ni haa.

buah hati kesayangan ni memang tak leh nak tinggal barang sekejap. pantang lepa sket, kita takde depan mata dia mesti menjerit bagai nak rak. kecuali lah kalau dia dah betul-betul lena tido nye. pastu tang volume menjeritnya tu mak datok, satu rumah bergegar. tu laa hobi dia since balik rumah mase umur 4 hari hari tu. asyik keje nak melalak je. bangun tido melalak, nak tido melalak, tengah tido pun boleh melalak, nak mandi melalak, lepas mandi melalak, boleh dikatakan tiap mase la melalak. sampai kadang-kadang menguji kesabaran aku yang agak nipis ni jugak lah. nasib lah anak sendiri. kalau anak orang lain memang aku buat tak tau je huhu mak aku cakap, dia jadi camtu sebab mase kecik-kecik aku pun selalu nangis gitu. sampai arwah nenek aku ingat aku nangis bagai nak rak tu macam kena cubit-cubit je. hmmm kalau dah gitu gayanye, mak redha kan jela. takut nanti dah hantar ke babysitter, babysitter pulak yang fed up sebab tak leh buat keje lain asyik nak ngadap anak dara sorang ni je haihh haru laa mummy nanti hannah raisha oiii. belajar-belajar la dok sorang-sorang menikmati keadaan sekeliling

skang ni, since nak masuk umur sebulan hari khamis ni, dia ade hobi baru. tido siang nak kena berpangku pastu bukan pangku gitu je, kena lapik dengan bantal kepala aku atau ayah dia punya baru boleh tido lame sket. punya lah demand. kadang-kadang tu sampai cramp la kaki sebab menampung berat badan dia yang macam dipam-pam tu. last week on monday timbang dah 3.9kg. next week baru ade next check up tak tau la berapa berat badan. susu dah makin kuat minum. kadang-kadang sejam sekali pastu dari sekali minum 2oz skang dah minum 3oz. tu pun kadang tak cukup gak. ape punye tangki la anak mummy sorang ni. minum mengalahkan baby boy pulak. takpelah janji dia nak minum kan. dari dia tido je risau jugak huhu skang pun dah pandai panggil-panggil orang, bila kita cakap-cakap dengan dia dah pandai menyahut, boleh gelak-gelak dah. senang hati bila tengok dia time dia tak nanges huhu takpelah ikut kan je 'mood swing' dia ni. mane lah tau after 3 months dia dah boleh behave ke kan? insya Allah ;)

update sket:
lupe nak masukkan gambo latest hannah raisha hehe

tengok tu.. tengah chillax atas bantal kepala mummy dia.. haihh la (pic taken yesterday, oct 3rd, 2011)

1 comment:

*Mami Damia Aisyah* said...

uhuhuhu dah nak sebulan dah hannah.. heheh biasa tu awal2 ni memang selalo mood swing baby.. mcm mia dulu first 3 months sangat lat behave.. senang jaga.. tak kuat nangis heheh gelak gedik ja.. tapiii afta berubah bulan ke tiga amek ko.. muahahha.. so mungkin hannah nak saja bagi mama dia kumpul rindu besok da masuk kerja asik terngiang dia teriak.. huhuhu
pelok cium tuk hannah dr auntie bintan n kak mia:D